CORETAN TERBARU NADH

Jaga tiap tuturmu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni nasihat dari aku. Aku tahu aku bukan sesiapa. Terpulang nak ikut ke tak. Benda penting kat sini ialah aku menyampaikan. Jaga kelakuan, jaga pertuturan, jaga adab, jaga bahasa. Ingat blog kita ni tak ada yang tengok?

Itu semua dusta. Jangan sebab medium sebegini kita boleh dibuang kerja. Kita boleh dihukum di penjara. Kita boleh digantung dari menghadiri kuliah. Berkata biarlah bertapis. Menulis jangan ikutkan rasa. Aku selalu buat tu. Aku tahu. Jadi aku nak korang pun muhasabah. Tengok entri-entri dulu ada tak korang menyakitkan hati orang.

Cepatlah minta maaf takpun delete je post tu. Bukan apa. Sekarang blogger dikecam sebab menyebarkan fitnah. Bukan hal negara je. Begitu jua hal kat universiti ke tempat kerja ke sekolah. Kita kena ingat ramai memerhatikan kita. Kita tulis maki orang atasan sebab tak bagi ptptn (CONTOH), tak bagi gaji lebih masa. Mana nak tahu Allah takdirkan bos atau pihak atasan nampak penulisan itu. Segala yang kita tulis menjadi bukti.

Nak ke kita jadi seperti 6 blogger yang ditangkap? Kes mahkamah lagi. Nak ke jadi Aduka (Yeke aku eja ni) yang menulis tentang menghina Sultan. Tak nak kan? Jadi jangan menulis menonong je. Fikirkan orang lain. Banyak mata melihat walaupun blog anda blog peribadi. Kat tempat aku pun ada kes dah. Macam-macam hal.
Post by,
Miss Ran 



3 comments:

forever love said...

betul.. sebab tue kene jaga cara penulisan kita.. sebab semua nie akan menimbulkan isu. apa yang kita tulis.. tue dah boleh jadi bahan bukti...

Sunah Sakura said...

jaga penulisan sambil menyampaikan yang benar..

aliarosli said...

terima kasih ingatkan

terima kasih tolong tegur semalam

memang tak perasan!

lain kali kene hati-hati

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers