CORETAN TERBARU NADH

Sayang 100%

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
UDA: Kita sayang awak.
DARA: Ya? Sayang banyak manalah tu?
UDA: Sayang seratus peratus.
DARA: Erk dah tu Allah tak sayang?

Okey korang nampak tak sekarang ni isu cintan mintun. Bukan apa, aku terbaca blog budak kekurangan kasih sayang. Ya memang dia kurang kasih sayang. Kejap-kejap tukar pasangan. Lepas tu, sayang awak lebih. Seminggu lepas tu clash cari pulak pasangan lain. Do the same thing.

Kadang-kadang mulut buaya darat terlalu manis sampai banyak perempuan jatuh cinta dan jatuh cinta dan jatuh cinta lagi. Ya tak semua. Tapi kebanyakan. Korang ingat buaya darat tu lelaki handsome je ke? Zaman dulu bolehlah. 

Sekarang muka macam penyangak pun ada orang nak tau. Asalkan pandai menanam tebu di bibir. Jadi si Uda mengorat Dara. Tapi si Dara kenalah bijak menangani. Bukan kalah. Lepas kena tinggal mulalah ayat macam ni.

Lelaki semua sama.
Buaya tak sedar diri.
Aku anti lelaki.
Maaf saya tak boleh terima awak. Saya fobia.
Lelaki penipu, jangan percaya.

Jadinya ayah dia pun samalah? Rasulullah S.A.W. pun samalah? Fikirkan sejenak. Dia memang salah sebab mempermainkan hati wanita macam kamu. Tapi kan, yang kamu pergi tertipu dengan dia kenapa? Itulah orang kata kalau sayang jangan 100%. 

Serius ni aku bagitau. Sayang ibu, ayah, family, kawan-kawan, barulah si jantung hati. Ada faham? Okey cikgu nak masak kejap. Nanti up entry lain. Paparazzi menanti=)

6 comments:

JIJI YU said...

laki je yg salu salah..ehehe..aku ni kena maen ngn 2 orang pompuan dah ni camno plak

Sunah Mohammad said...

paparazzi~~~

puteraduyong said...

sayanglah sekadarnya...bencipun juga sekadarnya...

M Fizan said...

heee..sayang jangan sampai merana..memberi pada yg sudi, jangan meminta pada yg simpati

fRaMe+LenSeS said...

<-- lelaki y jaat..

cik pulau said...

lelaki kebanyakan suka nak mainkan perempuan...
tapi mungkin ada yang tak..
yang tu yang kita kena cari..
lalala~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers