CORETAN TERBARU NADH

Lelaki kalah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hah panas pulak isu tadi. Kejap ye para lelaki. Memang bukan semua lelaki buaya darat. Tapi ada juga perempuan yang suka mainkan hati orang. Macam aku. Erk tak.

Kadang-kadang perempuan lebih menggunakan emosi dari akalnya. Aku sokong. Sebab aku perempuan. Yalah kalau clash je mesti menangis tahap gaban. Lepas tu muncul seorang lelaki menghulurkan sapu tangan. Siapa tak cair kan? Umpama disorong bantal.

Tapi banyak sangat perempuan cair time tu je. Bila lama dengan lelaki tu mulalah rindu ex dan sebagainya. Sebab hati dia tak suka. Hanya memerlukan orang sebagai peneman. Ni kes dahagakan kasih sayang seorang lelaki. Dah tu lelaki tu kena tinggal. Auch sakit!

Ada jugak yang memang niat nak mainkan hati lelaki tu. Contoh lelaki tu beriya suka dia. Bagi bunga macam Seth Tan. Erk lupakan. Lepas tu dia simpati. Ya perempuan memang mudah simpati. Cuma simpatinya selalu salah guna. Bila simpati, mulalah bagi peluang untuk kenal dengan lelaki tu. Last-last dia cakap macam ni:

"SAYA TAK BOLEH TERIMA AWAK ATAS DASAR SIMPATI. SAYA TAK BOLEH PAKSA HATI SAYA NI,"

Saja aku buat tulisan besar. Biar nampak ayat klise ni. Jadi lelaki kat luar sana jangan mudah tertipu dengan wanita. Oh ya aku bagi satu lagi situasi biasa. Oh wanita pisau cukur. Pergi tengok filem pisau cukur dan anda akan faham berapa ramai pisau cukur kat muka bumi.

Aku pun kalau nak cari lelaki mesti nak kaya. Sebab aku suka shopping. Tapi sejauh mana kekayaan mampu bahagiakan kita? Jadi aku tak memilih kerjaya pisau cukur. Aku hanya memilih kerjaya shopaholic. Lain ye kawan-kawan.

Lelaki jangan jadi pak turut. Gunakan ego dan akal anda. Malulah kena tipu dengan perempuan kan? Kalau aku, aku takkan ingat lagi perempuan macam tu. Terima pilihan umi tu, umi pilih mesti terbaik kan? Erk Umi siapa. Larik! 

Ps: Pakcik puas hati tak?

1 comment:

Unknown said...

ahahah..laen bebeno situasi ni..eheh..tapi ok le..ehhe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers