ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Haha saja nak memanggil bro ben papa. Ada yang mual? Tu kat atas ada bentuk X. Apa lagi? Sila tekan laju-laju.
Okey sambung tajuk. Tajuk bro Ben pasal perempuan sombong bila memandu. Bukan nak hentam bro. Tapi ada baca komen-komen yang ada kat FB. Memang agak berat sebelah. Bila lelaki kutuk perempuan dan perempuan kutuk lelaki.
Pemandu lelaki mempunyai kemahiran psikomotor lebih tinggi, malah ada yang "terlebih yakin" sehingga memandu laju dengan cara berbahaya, kata ketua pengarah MIROS.
Kalau ikut kajian memang lelaki adalah punca kemalangan di Malaysia. Tapi ada juga pendapat kata punca kemalangan tu sebab lelaki cuba mengelak, lelaki tak sabar tunggu driver lembab kat depan. Sumber
Tapi ikut pemerhatian aku yang selalu lalu kat highway plus Melaka-Kajang. Memang 50% lelaki bawak lembab. Ada jugak perempuan yang bawak lembab. Jadi tak semua salah. Ni semua sikap pemandu tu sendiri.
Jangan nak judge ikut jantina. Tak semua perempuan teruk. Pengalaman aku dengan kawan-kawan aku. Memasing suka bawak laju. Yang kancil pun guna lane kanan sekali. Jadi tak semestinya bila perempuan bawak je lembab.
Yang accident banyak lagi-lagi melibatkan nyawa adalah LELAKI. Accident bas? Accident motor? Kereta? Banyak lagi. Korang boleh search sendiri. Jangan nak judge orang sesenang. Bukan nak marah bro Ben.
Fakta: Perempuan akan ego bila memandu sebab tercabar dengan hinaan yang dilemparkan kononnya perempuan lemah, lembab bila memandu. Jadi, korang hati-hatilah di jalan raya. Senang cerita=P
5 comments:
lelaki paling lembab memandu bile ada awek sebelah dia...huahuahuahua..
meh race dengan orang yang baru dapat lesen, haha XD
p/s : untunglah papa ben datang sini T.T
Heheh..takde kaitan dengan entri saya ... :)
setuju!! jangan salahkan jantina....ini tak, lelaki suka kata perempuan tak tahu memandu....mana kami perempuan tak ego... samalah, sy pun slalu drive, sgt memerlukan kesabaran yg tinggi, sebab lelaki yang tak sabar, suka cari pasal dengan perempuan...
hahahaha..
tu dia..
haipp.. apa bawak laju2 ni.. hahaha
Post a Comment