CORETAN TERBARU NADH

Sikap orang Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni aku kat mcd. Bila lagi nak online gaya blogger tegar. Haha dah nipis beg duit. Belum habis shopping ni. Kaki penat.

Aku pergi JJ tadi. Tempat makan penuh gila. Food court padat. Aku aim ada orang nak habis makan. Member aku dah tarik ke lain. Tak lama lepas tu ada orang lain dah duduk. Aku okeylah. Dah tak ada rezeki. Cari-cari sampai penat.

Aku berdiri kat area sama. Konon nak tunggu pasangan cina habis makan. Makcik yang ambil tempat aku aim tu nak pindah tempat lain. Aku dah lega. Makcik melayu dia senyum. Tanda bagi kami duduk. Aku dengan kawan aku nak duduk je.

Ada pulak minah bangsa asing kata dia nak duduk. Aku terpinga. Bukan kitorang punya tempat ke? Dia kata dia nak duduk. Memandangkan dia ada baby. Aku consider bagi kat dia. Padahal kami duduk tercongok sampai makcik melayu tu perasan.

Agak geram bila kitorang penat cari dia sedap-sedap nak rampas. Dari ikhlas nak bagi jadi tak ikhlas bila nampak dia makan ABC je. Adoi! Aku dengan kawan aku dari pagi tak makan. Dah pukul 2 lebih masa tu. Sabar jelah.

Aku pelik sikap orang ni. Tak nak mengalah. Sedangkan memang tulah tempat aku duduk aim dari tadi. Dah tu aim tempat lain pun sama. Ada minah ramai-ramai cepat duduk. Kejam. Kitorang bengang dan nak baliklah.

Mujuir jumpa tempat. Sempit. Dah beli makanan kawan aku ajak pindah tempat luas sikit. Aku letak beg je ada pakcik bangsa asing terkejut. Dia pn nak duduk kot. Aku pun cakaplah kat tempat kami sebelum ni tak ada. Dia senyum.

Aku ni bangsa tu buat hal dengan aku pun tak nak bertindak kejam kat bangsa dia yang lain. Tapi bangsa dia tak sedar yang dia tu pencuri tempat aku. Grrrr!

4 comments:

Kucing Serius. said...

JJ mana kau pergi ni? Banyak gila orang bangsa asing itu ini. LOL

Anyway,it is typical pun bila orang Malaysia ni berbaik hati dengan orang luar. Memang sudah lumrah masyarakat sini. Macam built in pulak dalam diri ni ha.

Btw,nice blog. Aku follow :D

Unknown said...

pergh..merantau ke weh

nabila faryzza said...

haishh, sabar je la kan.

K said...

hehe, JJ mane ni? yang kat MC tu ke?

p/s : sabor jela.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers