ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Jom jumpa nak?” Umi mengajak aku. Aku senyum. Teruja sebentar.
“Bila?”
“Jumaat ni,” Aku memikirkan sejenak. Mahu melompat kala ini.
“Okey, insyaallah tak ada halangan nanti kita jumpa. Siapa je
pergi?”
Perbualan itu terus rancak. Segalanya sudah terbayang di
mata. Seronok tak terkata. Sahabat akan berjumpa dan bermesra bersama. Itulah saat
indah yang aku nantikan selalu.
Xxxxx
Lama kami menantikan kehadiran sahabat lelaki. Ya mungkin
orang akan risau bersahabat dengan lelaki. Tapi tidak aku. Aku tahu dia boleh
menjaga batas antara kami. Yang nak jumpa bukan berdua. Persetankan pandangan
masyarakat. Kami tak salah. Persahabatan tak salah.
“Lamanya. Mandi ke apa ni?” Aku mula membebel.
“Ala saya tunggu mesej dari korang. Tak ada hint. Tu lepak
lama kat rumah,” Haziq membela diri.
“Kita nak pergi mana ni?” Umi menyoal. Aku geleng kepala. Lantas
memandang mamat yang sibuk membuka pintu kereta.
“Saya ikut je,” Haziq tersengih macam kerang busuk. Aku memandang
Umi. Ada sesuatu yang dia ingin katakan. Tapi dia berat hati. Biarlah aku saja
yang utarakan.
“Jom pergi KL Sentral. Ada MPH bookfair,”
“Saya tak kisah. Jomlah, nak bawa korang berjalan dengan
gembira hari ni,” Umi tersenyum malu.
Kereta Produa Kelisa terus menuju ke
Kuala Lumpur. Murninya hatimu sahabat. Sanggup bersusah payah kerana memenuhi
keinginan kami. Aku senyum sendiri. Banyak benda dibualkan. Banyak sangat
sampaikan aku tak pernah bosan duduk sepanjang perjalanan menuju kota raya.
Xxxxx
Kami berjalan, melihat dan mentafsir. Mula sampai dah rasa
kecewa. Aku pujuk hati Umi. Mungkin tiada rezeki kami. Book Fair sudah tamat. Namun,
takdir Allah menemukan kami dengan MPH book fair. Kami gembira tak terkata.
“Tengok!”
“Aahlah. Jom tengok buku,”
“Mesej Haziq, kang dia risau kita tetiba hilang,” Aku
mengingatkan Umi.
Aku dan Umi sama-sama gila buku. Cuma genre buku kami
berlainan. Tapi tak mengapa. Janji minat membaca itu ada. Baucer digenggaman
Umi dipandang sepi. Aku cemburu. Namun, jadi manusia seharusnya tidak tamak. Aku
redha. Banyak buku. Mata menjadi rambang.
“Apa yang dibeli?” Haziq menegur.
“Tak ada. Umi tu banyak diborong. Mentang ada baucer,” Aku
sengaja menekankan soal baucer yang diberi kerajaan.
Kami terus menyelusuri gedung ilmu tersebut. Aku tiada rasa
membeli buku kala ini. Lantas menelek sahaja. Haziq juga mencapai satu buku. Keduanya
sama citarasa. Aku tak.
“Eh buku ni sesuai untuk korang,” Aku menunjukkan buku
gerbang pernikahan. Banyak pula buku pasal kahwin hari ni. Aku mula tersengih
sendiri.
“Apa pulak? Untuk Umilah,”
Keduanya berlawan kata. Tapi taklah
sampai bertikam lidah. Aku bahagia punya sahabat begini. Yang sentiasa ada
menemani susah senang. Yang sentiasa sokong walau jauh dari pandangan. Yang prihatin
tak kira masa dan tempat.
xxxxx
Umi mula mengadu sakit perut. Aku gundah. Diam dia di tempat
duduk belakang.
“Umi, okey tak ni?”
“Aah kalau tak okey kita berhenti beli ubat sakit perut,”
Haziq mencelah. Umi melarang. Sepanjang perjalanan hanya aku dan Haziq
berborak. Umi dibiarkan rehat seketika. Sesampainya kami di kedai makan. Haziq
terus ke kedai berdekatan. Niatnya untuk membeli ubat. Ya ubat untuk Umi. Aku menyokong
saja.
“Nah ini je ada,” Umi terharu. Aku juga.
“Ala kenapa beli? Susahkan awak je,”
“Apa pulak susah? Kalau saya ada kuasa, saya nak je sakit tu
biar saya tanggung,” Aku dan Umi sama-sama terkedu.
“Jangan merepek boleh tak?” Umi lesu.
“Betullah. Kesian tengok awak sakit macam ni,”
“Aah Umi. Susahkan korang je datang jauh ke sini,” Aku mula
rasa bersalah. Jauh mereka berjalan. Keduanya masih penat. Aku tahu. Sengaja mereka
sembunyikan.
“Apasal pulak? Tak menyusahkan pun. Awak sakit. Takkan saya
sanggup bagi awak naik KTM sorang-sorang?” Haziq selalu menunjukkan sifat
kebapaan. Aku terharu.
“Dah Umi, cepat pergi sapu ubat kat perut tu,”
“Aah, tandas ada kat sana,” Aku menunjukkan arah. Risau. Tak
pernah-pernah Umi sakit begini. Umi pergi. Aku merenung ABC yang mencair. Aku tahu
Umi batuk tapi aku benarkan juga dia makan ABC. ‘Apa punya kawan aku ni’ Getus
hatiku.
Kami berpisah petang itu. Aku tak henti menghantar mesej. Risau
keadaan Umi. Ingin saja aku mengikut mereka pulang. Namun janji pada keluarga
harus aku tepati. Hati gundah memikirkan Umi sebenarnya. Mujur saja Haziq melaporkan
setiap masa. Umi berehat. Aku malas mengganggu. Aku harap sangat sakitnya akan
hilang. Haziq memang mengambil berat. Aku tahu aku tak perlu risau dengan
adanya dia di sisi Umi.
xxxxx
Semalam masih segar diingatan aku. Kami bertiga bersama
meredah hutan batu bandar metropolitan. Ya cuma bertiga. Dia seorang lelaki dan
kami perempuan. Lagaknya seperti abang. Buat kami rasa selamat bersamanya. Walaupun
orang kata jangan mudah percaya orang.
Walaupun kenal hanya di alam maya, eratnya kami umpama tali
yang diikat mati. Tiada apa yang bisa menggoncangkan ikatan suci ini. Siapa kata
lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat? Aku menidakkannya. Kami sahabat
selamanya.Umi, Haziq dan aku. Sahabat sampai bila-bila. Aku selalu terngiang-ngiang
kata-kata Haziq hingga kini.
“Korang kena pergi majlis kahwin saya, kalau tak merajuk
sampai bila-bila!”
“Aku janji aku akan pergi,” Aku menanam janji. Walau tak
tahu bilakah masa itu akan tiba. Adakah nyawa dikandung badan. Aku tetap
berazam aku akan pergi. Umi juga begitu. Persahabatan bukanlah untuk suka
semata-mata. Aku sayang persahabatan yang terbina ini.
Tamat!
Nota Iffah: Cuba genre berbeza. Perspektif berbeza. Hayatilah
karya yang tak seberapa ini. Ini kisah benar=)
Ps: Dia dan aku bersahabat juga.
13 comments:
best la ada kawan rapat lelaki bloggers yang dekat2 tempat. Huhu. Susahnya nak cari kengkawan lelaki yang minat blogging... :(.
Semoga persahabatan korang berkekalan yea... ^^
sahabat lelaki? oh.. susah di cari. ah.. lupa! memang ada bebarapa.. tapi tak serapat mana :)
Hubby ku sahabatku.. gitu boleh? hehehe...
Suka blog ni . karya kak iffah sume best best kebaboom ! ^___^
Teringin jugak nak buat genre macam ni. Tapi, masih mencari idea. Nak lari dari kisah cinta pulak. Hehe.
Orang selalu cakap, lelaki perempuan ada ke yang kawan biasa je? Saya rasa boleh je, tapi, sebab orang selalu cakap macam tu, saya melarikan diri. Huhu.Pernah kena fitnah. Sedih.
sahabat susah sukar di cari.. tp bila dh jumpa, yang kenal d alam maya pun jadila asalkan betul-betul baik dan ikhlas..
memang best laa , sy pon ade gak bkwn mcm dlm cerpen ni
assalamualaikum iffah....wah cerpan yg sama dengan sunah ni mesti sama2 jumpa yer...:)
wt novel la lpas ni sisss :D
ada bakat ada bakat. heks
best cerite ni..:D
berbeza.. kalau lah ni kisah benar, nak doakan diorang berdua bersahabat hingga ke akhirat..hehe..:)
Kisah Benar - Kisah Mixed - BEST
yeah... nak juga persahabatan macam ni..=)
semoga persahabatan antara korang bertiga yang terjalin bukan jer erat di dunia malah hingga ke Jannah hendaknya.. Amin :)
eh..eh.. kite baru jadi kawan kan? kan? baik ngaku!!!
* semoga perkenalan kita kekal selamanya. aminn~
Post a Comment