CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Setelah aku terima nikahmu I

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Aku terima nikahnya Zahnita binti Zahar dengan mas kahwinnya, RM 8,000 tunai,”

Dialog sama terngiang-ngiang dari tadi. Sungguh aku gundah. Lelaki itu seakan ditaktor. Aku jadi gerun dengan sikapnya kadang kala. Kejap baik kejap boleh menjadi harimau lapar. Majlis pernikahan aku biasa saja. Tak semewah orang lain. Kami kahwin atas dasar sama-sama ingin melengkapi hidup.

Dia punya rumah, kereta dan kerjaya. Namun tak punya hati yang terisi dengan cinta wanita. Aku juga. Aku anak orang kaya yang tak perlukan apa-apa. Papa sendiri tak mahu aku bekerja. Papa sangat sayangkan aku. Mungkin aku sajalah anak dia. Segala keputusan papa ikutkan saja. Mujur saja suami aku pandai berlakon. Nampak sangat dia benar-benar cintakan aku tapi hakikatnya?

“Kau buat apa kat sini?” Sergahannya mengejutkan aku. Ingatan pada papa terus lupus serta merta.
“Saya rehat. Penat dari tadi berdiri,” Pakaian pengantin suami aku masih melekat dibadan. Cumanya kelihatan berkedut sedikit.
“Kau ingat kau sorang je penat. Jom teman aku. Kawan aku yang datang semua nak tengok kau. Kau ingat aku tunggul kat bawah tu? Harap je dah kahwin. Bini pun macam tak ada,” 

Bebelan dia aku dengar saja. Malas aku nak menyampuk. Kaki melangkah longlai. Tangan aku digenggam kemas. Aku tahu lakonan bakal bermula. Entah mengapa setiap kali aku berlakon, aku rasa semuanya macam realiti.

Xxxxx

Suara-suara lelaki mengganggu kosentrasi aku membetulkan busana pengantinku. Sarat dengan labuci. Malah kainnya meleret hingga menyukarkan jalan aku. Izmir berjalan tanpa peduli aku.

“Hye guys. Kenalkan ini bini aku, Zahnita,” Semua berpaling ke arah kami. Aku jadi malu.
“Cop! Ita kan?” Ita anak Datuk Zahar?”
“Kau kenal bini aku?” Suara Izmir berubah serius.
“Apa pulak tak kenal? Dia ni kat kampus bukan main famous. Kau lupa ke aku dengan dia satu fakulti?” Azhan teruja. Aku sengih saja. Kantoi pulak.
“Oh, aku lupalah. Bini aku cun. Takkan tak famous kan?” Perbualan meraka aku tak hiraukan. Diam tak berkutik di sebelah lelaki tegap. Tangan masih berada di genggamannya membuatkan aku lemas. Lama mereka berborak. Ada kala aku jadi bosan. Hendak menguap terpaksa aku menahannya.
“Sorrylah geng. Kalau terkurang ke apa eh? Aku sediakan mana mampu je,”
“Mana yang mampu? Ini dah cukup grand bagi aku. Kau pun kahwin sekali seumur hidup kan,” Celah Zahid. Aku tahu namanya sebab name tag dia tak bukak.
‘Apalah pergi kenduri kahwin pakai name tag segala. Buat malu je’ aku membebel sendiri dalam hati.
“Okeylah kami gerak dulu. Zahnita, you nampak anggun. Lagi-lagi bila pakai tudung macam ni. Tahniah ye,” 

Aku senyum nipis. Terasa tangan aku digenggam lebih erat. Ada yang marah. Ya, aku berhutang beribu penjelasan untuk suamiku. Mereka beransur pulang. Lega!

Xxxxx

Malam dingin menghembus bayu. Sejuknya hingga ke tulang. Aku duduk di tepi pintu. Entah mengapa malam ni sangat rasa lainnya. Mungkin aku dah punya tanggungjawab besar. Walau kami saling menetapkan syarat. Tak bermakna perkahwinan ini tak berlandaskan agama. Itu aku tak mahu. Aku takut bergelumang dosa. Niat kahwin pun dah salah. Aku takut. Cukuplah dosa menipu papa kesayangan.

“Papa…” Air mata aku mengalir tiba-tiba. Ada tangan menyeka air mata aku. Membuatkan aku tersentak.
“Awak,” Malu.
“Kenapa nangis? Kau menyesal ke kahwin dengan aku ni?” Masih kasar bahasanya. Aku senyum dan geleng.
“Taklah. Sekali saya dah tekad, saya akan tetap teruskan,” Ujar aku perlahan.
“Kau tahukan kita buat semua ni sebab kita single. Kita tak ada rasa cinta langsung. Jadi aku harap kau boleh bersabar. Mungkin untuk setahun dua hinggalah sama-sama jumpa pasangan hidup sebenar,” Aku tersentak. ‘Sebenar?’ monolog hati.
“Awak…saya ada request,”
“Apa dia? Aku boleh nak tunaikan. Janji jangan lebih-lebih,” Lelaki di depanku sangat berbeza saat pertama kali bertemu.
“Saya nak panggil awak dengan panggilan yang sesuai untuk suami. Lagi satu…”
“Stop! Kau nak panggil aku apa? Abang? Sayang? Please aku geli benda macam ni. Lagipun kita dah bincang. Hubungan kita nampak mesra depan orang lain je kan,” Protes. Aku tahu dia bukan nak setuju dengan cepat. Tapi aku hanya ingin menghormati seorang lelaki yang bergelar suami. aku harus pujuk dia. Aku harus cari jalan.
“Kenapa kau diam?” Izmir menegurku.
“Saya cuma nak panggil awak abang. Sesuai sebagai suami. lagipun kita kena biasakan diri. Takut tersasul panggilan,” Aku nampak dia diam memikir. Aku harap berhasil rencana aku. Ya, rencana tersembunyi. Aku tahu dia pasti bisa setuju.
“Baiklah,”
“Yes!” Spontan aku melompat girang.
“Yang kau seronok sangat kenapa? Panggilan je pun. Lagipun aku tua dari kau. Lagi?” Izmir memandang aku. Aku terasa getaran di dada.
“Itu je setakat ni. Nanti ada apa-apa saya cakap kat awak eh abang,” Aku malu.
“Okey, aku rasa aku pun kena bahasakan diri abang kan? Baik kita praktis sama-sama. Tapi abang nak panggil awak apa?” Berdesup jantung aku mendengar kalimah abang. Mudahnya jalan aku kelak. Aku senyum.
“Panggil Za. Sebab tak ada siapa panggil saya macam tu. Cukup buat suami saya seorang,”
“Apa-apa jelah. Abang nak pergi mandi. Peluh je malam ni,” 

Suamiku kelihatan kekok. Aku tahu. Misi seterusnya akan dimulakan esok hari pula. Aku senyum lantas membaringkan diri di atas tilam empuk. Aku tahu kami kena menjaga batas. Aku malas dengar bebelan dia. ‘Goodnite abang!’

Xxxxx

Aku melangkah malas ke kereta. Cuti aku dah berakhir. Seharian aku menghabiskan cuti dengan menonton drama korea secara marathon. Harapkan ada suami macam tak ada. Lelaki itu dari pagi semalam lesap. Aku cuba tak ambil peduli. Tapi aku tak bisa.

“Kerja?”
“Aah,”
“Kenapa tak semangat ni? Tak sihat ke?” Izmir menghalang laluan aku. Tangan kasarnya menyentuh dahi laju. Aku malu.
“Tak demam pun. Kenapa Za?” Aku diam.
“Abang tanya ni. Za kenapa? Tak payahlah pergi office hari ni. Sini masuk balik,” Entah mengapa aku ikut je rentaknya. Seolah dipukau. Ya, dipukau suami sendiri. layanannya sangat berbeza saat malam pengantin kami dengan sekarang. Aku seakan terbuai mimpi yang tak berkesudahan. Izmir, aku sukakan kau. Hati aku memberontak ingin mengatakannya. Tapi akalku menghalang. Lantas aku mendiamkan rasa ini sendiri.

Xxxxx

Kecohnya pasaraya pagi itu. Aku segera mengeluarkan list. Hari ini aku teringin nak masak Ikan Bawal tiga rasa. Aku ingat pesan arwah mama. Kalau nak pikat hati suami kena pikat perutnya dulu. Aku senyum.

“Abang, ikan ni nampak freshlah,” Aku senyum je melihat gadis itu memilih ikan bersama pasangannya. Nampak manis sekali. Aku cemburu tiba-tiba.
“Eh, Mia nak beli ikan? Bukan Mia tak suka makan ikan ke?” Suara itu aku kenali. Aku diam mencuri dengar. Ya salah. Tapi aku inginkan kepastian.
“Ala abang ni. Ikan ni untuk abang. Mia nak masakkan untuk abang,” Manja sekali kedengaran di telingaku. Pedih teramat sangat hati ini.
“Untuk abang? Amboi pandai Mia ambil hati abang. Ni sayang Mia lebih ni,” Izmir ketawa perlahan.

Aku nampak perempuan tu menepuk bahu suami aku sendiri. Drama apa yang mereka sedang lakonkan. Aku benci. Aku benci. Lantas ikan yang aku pegang dari tadi aku campak. Kasihan ikan tak berdosa itu. Dengan tangan tak dibasuh aku segera beredar. Aku dengar suara Izmir memanggil. Tapi aku tak mahu berpaling. Hati sudah makin parah. Ya, aku yang salah kerana menyimpan rasa buat suami yang tak menyintai isterinya sendiri.

Xxxxx

Aku kemaskan segala barang aku di rumah ini. Aku tinggalkan nota kecil buat insan yang bergelar suami. aku sedih. Ingin lari dari rumah yang mencipta pelbagai kenangan. Aku pasrah. Biarlah dia dengan pilihan hatinya.

Ps: Halalkan makan minum saya. Abang, semoga berbahagia. Surat penceraian abang boleh tolong proseskan nanti saya sain. Jangan risau.

Aku melangkah pergi. Tinggallah kasih tinggallah sayang. Sayangku Izmir, aku doakan kau bahagia. Walau aku yang menderita. Kau bahagiakanlah dia lebih dari kau bahagiakan aku satu tika dulu. Aku bersyukur berpeluang menjadi suri di rumahmu. Walaupun aku tak berjaya menjadi suri di hatimu. Hatiku tersiat-siat namun masih mengukir senyuman. 

Aku tahu, suami aku akan bahagia bersama pilihan hatinya walaupun aku menderita. Salah aku kerana mengharap panas hingga ke petang namun lupa hujan pasti datang di tengahari. Salah aku kerana mencipta angan-angan. Semuanya salah aku yang membenarkan hati menerima cinta setelah aku terima nikahmu. Benarlah kata bidalan cinta tak mungkin bisa dipaksa. 

Walau cinta yang hadir indah buat sementara namun aku pasrah. Aku rela demi cinta yang sebentar cuma. Aku bukan bodoh menilai cinta. Cuma aku tamak ingin memiliki cinta pada yang tak sudi. Izinkan aku semat cinta ini dalam hati selama-lamanya. Izmir, aku cintakan kau wahai suamiku. Kau takkan pernah dengar kata-kata keramat ini kerana telah aku tanamkan ia jauh ke lubuk hati. Aku senyum ketika mukaku kebasahan dek linangan air mata. Berbahagialah wahai hati walau cinta Izmir bukan milikku.

Bersambung...di sini.

Nota Iffah: Amacam? Jadi tak kisah sedih yang aku cuba garapkan? Tak sweet dah kan? Tak reti buat kisah sedih. Jangan marah ye. Kritikan korang aku terima secara terbuka. Marilah kritik hasil aku ni. Atas permintaan aku sambung nanti cerita ni. Jangan marah okey.

Ps: Dia pasti akan baca.

21 comments:

Anonymous said...

pelik, serius pelik. jalan cerita macam tak lengkap. nanti komen lebih lagi.

-dia-

fRaMe+LenSeS said...

ala.. da tak suka napa tawen. T.T

reenapple said...

aku nak cakap sedih pun aku tak sedih bila baca.. heheh
tapi aku geram dengan izmir tu... ah.. tak suka lelaki tu.. kesian kat Zahnita.. hurmm...

hamidah said...

tak tau nak komen, u ni biasa tulis cerpen ke tak, bila u baca karya u, apa yg u rasa, penulisan utk dibaca umum atau utk diri sendiri

~Kirin Selama Perak~ said...

wah !!terbaik..tapi aku lagi suka yang sebelum ni..#erk

Unknown said...

tak suka la izmir ada org lain. Bukan dia dah suka kat Za ke??? huhu. Sedihh.. Tapi, tak cukup sedih lagi. :) peace..

canim said...

takkn abis camtu je?,,,mia tu sape ...kekasih ke wife izmir.....cam trgantung....sambung lg boleh?cite best...

ibtisam said...

takkn abis camtu je...sambing sikit lagi boleh ?sape mia tu?kekasih iymir ke?sian zahnita.....tajuk mcm last dia org saling loving tp lain .....

Naniey TJ said...

adakah aq org 1st.... melalui p'bacaan aq, aq rse ko dah ada perubahn dr segi penggunaan ayt2 puitis.... makin maju. cerpen pun nmpk mkin pnjg dr satu bab ke bab yg lain.

tapi cerpen ni mcm agk bercelaru, mgkin kerana nokhtah atau kome yg ko lpe ltk. aku pun slalu gk mcm tu. taip cpt smpi x perasan...

ko kte ni cerpen sedih kan, mgkin hati aku krg tisu atau mngkin aku tgh b'bunga so aq xrse sdih. aq rse cerpen ni ada unsur romntis. I ske beberapa bab...tp bhgian akhir tu mcm xsmpi.... org x smpt feel... jmpe suami ngn org lain trs tinggl rmh n cerai... aku rse klu msukkn ckt dialog antra Zahnita n Izmir lgi baik.,, mgkin kt situ Izmir kata, perempuan tu adalah stu2nya cinta hati dia ke apa ke... itu lbh sedih dr buat penceritaan....

itu hnya pendapat aku. aku pon msih bljr....

Sunah Sakura said...

ala...tu adik izmir lahhhh!

Azzah said...

azzah tunggu sambungan..:)syok je baca...

Elly Jade said...

ngaaaaaaaaaaaaa...kenapa bersambung
da bukan cerpen da ni.hahaha

sila sambung cecepat :D

Juliet_iRa~" said...

nak smbgggg..heee..sedih la iffah..:)..serius..akk sedih gak bc ni..btol..hee..smbg cpt!

psss : akk dpt dr website y akk letak sumber tu la..mgkin lepas ni susah dah laa bdk spm nak msk..huuu

Anor said...

sambunglah cite ni best jugak tapi
macam tergantung je. Kesian dgn
Za harapkan kasih suami tapi apa
tapi tak kesampaian... carilah
bahagia diluar sana ...

along said...

better selesaikn ,,,bukan lari mcm tu...mcm naney kate......mcm x sampai maksud ni....cite dah ok......biar yahnita kuat sikit nk bersemuka ngan iymir ....bukan trs lari cam tu......

nana said...

mungkin bukan izmir kot yan die jumpe kat pasaraya tu..izmir ader kembar..ngee~~:))

Nong Andy said...

Wah.. nampaknya semakin menyentuh jiwa :)perkembangan yg memberangsangkan ni iffah- jeles!

aku suka crita macam ni. Biar sakit hati.. sakit yg mcm hati pembaca di tikam-tikam rasanya.

dan.. bahagia datang kemudian :)

macam mana pun jln ceritanya mcm boleh di agak.. buktikan aku silap! hehe...

* menarik.. sungguh menarik cik iffah :)

Anonymous said...

Ikhlas aq ckp ni dh leh wt samarinda dh ni...jln cite menarik..
Bia apa org kata,taste pbaca bbeza..
Hihihi..lgpun pnulisan ko xde la berat sgt..boleh dihadam otak aq..
Keep it up!

QasehSuci said...

x tau nk komen...sbb pakar dah komen..(naniey)

Bidadari Syurga said...

erk... dia lari rumah dulu? erkk... akak nak gi baca no 2 sekali lagi. awal best. tapi mcm lompat2. cop///! akak suka cara iffah tunjukkan watak Izmir tu. menjadi tau. hurmmmm jap akak sambung balik kat no 2. karang datang balik sini komen lagi sekali. arghhhhhhhhhhh

Kira Sakura said...

nak komen kat yg part II.... hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers