CORETAN TERBARU NADH

Tips berdepan dengan ujian

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak kisahlah ujian apapun. Yang penting korang kena ikut tips aku kasi ni. Paksa pulak kan? Sesuai dengan sahabat aku yang sedang takut nak menghadapi ujian.
1.  
Yakin
Kena yakin pada diri. Katakan yang kita mampu buat. Jangan sebab hilang yakin, maka kita terfikir tentang kegagalan. Belum cuba belum tahu. Dah asyik fikir gagal, nanti gagal baru tahu. YAKIN!

2.      Jangan panik bila buat salah
Ya, kalau orang dah buat salah selalunya akan panik. Macam mana ni? Ala apa aku dah buat? Blah blah blah. Jangan panik. Buat slamber je. Kalau salah padamlah jawapan tu. Mula balik. Kalau test kereta, salah betulkan dan buat macam biasa.

3.      Doa banyak-banyak
Yang ni wajib. Mintak tolong dari Allah. Supaya dipermudahkan segala urusan. Tapi biasalah dah gagal baru nak doa biasanya. Dah silap baru nak sedar. Apa salahnya rendahkan ego tu doa mintak tolong Allah. Bukan susah sangat kan?

Semoga tips ni berhasil untuk korang. Ia berhasil untuk aku. Aku bercakap ikut pengalaman. Gagal sekali bukan selamanya kita gagal. Serius! #taktipu

Ps: Dia tak gagal rasanya.

15 comments:

Sunah Sakura said...

baeklahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Lea Isnawi said...

mcm taw je, i ade exam next week

hehe

~Sal Ismail~ said...

bila berhadapan dgn ujian demi ujian..akhirnya jadi alah bisa tegal biasa..berserah pada yg Esa utk kesekian kalinya~ =)

yana-feehily said...

ok nice..

insyaallah akan dipraktikkan.. ^^

Unknown said...

tq...akn cuba sedaya upaya...huhu...
:)

EruzuLiyana said...

ujian mematangkan kita, selagi kita sabar, kita pasti akan dapat menikmati hikmah di sebalik ujian tersebut. (:

mas saari said...

insyallah, akan amalkan!

Anonymous said...

kalau guna tips ni utk ujian darah boleh ke tak ni??hek3

Pembunuh Tanpa Bayang said...

hati perlu kuat dan jangan terlalu mudah menyerah kalah.

orang yang terlalu cepat mengalah adalah seorang yang penakut.

QasehSuci said...

Baiklah...Qaseh ingat pesan tu..hehe

Unknown said...

Eza akan pastikan Eza dalam keadaan POSITIF masa duduk exam :)

Juliet_iRa~" said...

btol2..:)

Nong Andy said...

yg no dua tu...

"aku tak panik.. aku tak panik.. jangan panik"(dengan suara panik)

macam mana tu iffah? hehehe..

Dayang Deno said...

deno cuba... thanks for sharing my dear ifah :)

Kira Sakura said...

gagal hari nie tak beerti gagal untuk akan datang .. x gitu? :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers