CORETAN TERBARU NADH

Adakah aku perlu bangga?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku selalu rasa nak bangga diri. Aku selalu nak buat entry bila aku suka. Bila aku teruja. Sampai aku lupa yang aku menulis di blog. Kemungkinan orang baca adalah tinggi. Walaupun tak banyak. Aku tahu keluarga aku ada baca.

Jadi perlukah aku mencatat kebanggaan aku di sini. Buat apa? Untuk menimbulkan rasa iri hati. Untuk memberitahu seluruh dunia tentang hasil aku. Untuk aku jerit bahawa aku orang paling gembira? Tak perlu. Lagi mengundang benci.

Cukuplah aku kata aku seronok jadi diri aku. Aku seronok jadi blogger. Aku seronok dapat kenal macam-macam ragam. Aku seronok aku semakin dikenali. Tapi aku takkan lupa asal aku siapa. Hanya MissRan yang ada 5 follower pada bulan 5 tahun lepas. Hanya MissRan dengan BUTA+PEKAK+BISU=CINTA sebagai taglinenya.

Cukup dengan rakan yang support aku dari belakang. Kini aku berubah. Dan aku harap perubahan ini tak melekakan aku. Kerna aku takut dengan hukum Allah. Aku takut aku kan terpesong. Aku takut dikritik kerana dangkalnya penulisan aku di sini. Aku takut setiap penulisan aku membuahkan dosa. Aku takut sangat!
Post by,
Miss Ran 

1 comment:

AdyBudika said...

akhirnya dah jumpa satu blog yang akan sentiasa aku singgah...thanks miss ran..aku berminat sangat2 blog ni...tapi..aku tak suke font ko..errrrrr.....latar belakang ko tak kotor eh>?? macam cat tumpah lak..errrrr..sorry2...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers