CORETAN TERBARU NADH

Bebaskan dirimu wahai saudaraku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bebaskan
bebaskan ia dari cengkaman
bebaskan diri dari jajahan

hapuskan
hapuskan air mata yang mengalir deras
hapuskan peluh keringat yang membasahi tubuh

bangunlah
bangunlah kaumku dari terlena
bangunlah dari tidur yang sangat panjang

bukakan
bukakan matamu melihat dunia penuh ranjau ini
bukakan matamu melihat penindasan di dunia ini

sedarkan
sedarkan dirimu tentang perbezaan dulu dan kini
sedarkan semua bahawa kita bukan di takuk lama

hentikan
hentikan angan-angan kosong tanpa usaha
hentikan keselesaan yang kau semua rasa

lepaskan
lepaskan amarahmu dengan berjuang bermatian
lepaskan kesakitanmu atas dasar kebenaran yang dijulang

tinggalkan
tinggalkan segala perit yang ada dilubuk hatimu
tinggalkan duka semalam biarkan berlalu pergi

gegarkan
gegarkan dunia walaupu hanya dengan sebilah keris
gegarkan semua walau hanya kaummu insan lemah

tunjukkan
tunjukkan keberanianmu di lorong yang benar
tunjukkan perwira ini mampu bukan hanya pandai berkata

buktikan
buktikan omongan ini bukan kosong belaka
buktikan kau tak pernah berdusta akan hal yang ada

1 comment:

Nor Moscow said...

Berkata benar walaupun pahit rasanya..tapi tak semua orang mempunyai kekuatan untuk berkata benar itu..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers