ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Siapa kata cemburu tak baik? Cemburu buta memanglah tak baik. Aku akui aku sedang dilanda taufan cemburu. Cemburu sangat. Aku tengah kawal. Taku juga cemburu aku menikam diri balik kan?
Korang mesti selalu rasa cemburu. Kenapa kita cemburu? Sebab dia lebih dari kita? Sebab ada orang minat kat dia? Tak pun dia layan orang lain? Aku selalu cemburu. Cemburu boleh cumanya kena kawal. Kan ada kata cemburu tanda sayang. Kalau melampau rasa cemburu macam mana?
Yang berita suami bunuh isteri sebab bercakap dengan jiran. Ada kot. Aku macam ingat lupa je. Kes cemburu buta. Bahaya rasa cemburu ni. Kalau boleh elak-elakkan. Tapi cemburu ni tak boleh elak. Geram je rasa. Haha aku tengah kontrol jiwa.
Aku cemburu dengan si dia. Dia orang biasa tapi orang lihat dia luar biasa. Dia manusia sama macam aku. Tapi kenapa dia ada banyak pengaruh. Aura dia mungkin. Aku cemburu dengan keprihatinan orang lain terhadap dia. Bukan seorang dua. Malah yang popular dan berjaya turut ambil berat.
Aku cemburu sangat. Bilalah aku akan jadi seperti dia. Saat tu belum tiba kerana aku belum jumpa identiti aku. Supaya aku jua berjaya jadi seperti dia. Ada auraku sendiri yang boleh pikat hati pembaca. Ya aku cerita pasal blogger. Siapa? Adalah. Janji aku kawal emosi. Kawal rasa cemburu.
Cemburu ni yang positif okey. Jangan negatifkan diri. Aku cuba jadi seperti dia. Doakan aku=)
Post by,
Miss Ran
2 comments:
tak salah untuk cemburu
tapi mestilah kearah positif
amin2. Nadh doakan kamu.. ;)
Post a Comment