CORETAN TERBARU NADH

Tekadkan hati anda

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Erm aku tetiba teringat pasal kisah cinta tak kesampaian. Semalam pasal tips melupakan. Sekarang aku nak kongsikan pasal hati. Kita yang kenal hati kita. Orang lain tak faham hati kita.

Kawan aku kata, kalau dah sayang. Sampai bila pun sayang. Tapi bagi aku manusia boleh berubah. Hati kita boleh berubah. Masakan orang berdahi hitam sebab kesan solat pun boleh merogol orang. Jadi hati manusia ni bukan tetap. Kejap lain.

Macam selalu, ibu pesan banyak kali benda sama. Walaupun tahu anak dia takkan buat tapi dia tetap ingatkan sebab hati kita boleh berubah. Misal kata hari ni aku suka berblogging. Tak semestinya setahun aan datang aku akan suka berblogging.

Lagi-lagi bila dah ada benda lain yang aku minati. Jadi sebelum apa-apa terjadi kita kena tekadkan hati. Pastikan kita betul-betul berpegang pada yang satu. Jangan macam lalang. Kejap suka kejap tak suka sebab ikut orang.

Bila hati dah tekad, insyaallah semua hal akan senang. Teratur dan berjalan seperti yang di rancangkan. Misal kata kau nak berpuasa hari ni. Kau kena tekadkan hati. Bila dah tekad, orang suruh bukak puasa pun kau tak nak sebab hati kau betul-betul tetap.

Tekadkan hati dalam segala pekerjaan yang korang buat. Insyaallah semua akan baik-baik saja. 

ps: Anak murid tak boleh update hari ni. Sebab dia nakal. Grrr=P

7 comments:

K said...

nanti update gak, tunggu seru. hehe :P

p/s : betul, hati boleh berubah. XD

fRaMe+LenSeS said...

woww.. tapi betul la. hati kan? sebab tu taleh sayang orang teruk2.. lalalalalala~~

aamalinaazman said...

hati jangan keras sangat cam batu..
hati jangan lembut sangat cam donut..nanti kene makan..
yang sedang2 aja~heee..

jaga hati! =)

mas saari said...

betul tu...tekad dan niat kena betul!

Unknown said...

hamboi engko

Ammar said...

bimbang kalau niat berubah...takut

Cik Pulau said...

nyanyi lagu nyalakan tekad..^^,

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers