CORETAN TERBARU NADH

Tips memujuk

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan ada orang tu merajuk dengan aku. Tetiba ada idea nak up entry. Terima kasih ye anak murid. Haha bagi aku orang yang merajuk sememangnya ingin dipujuk. Masalahnya ramai sangat yang tak reti nak pujuk. Antaranya si busuk yang suka tutup muka masa ambil gambar. Siapa dia? Cari sendiri. Haha

Kalau korang terbuat orang marah dan merajuk, selalunya korang buat apa? Kalau aku, aku biar dia terpujuk sendiri. Depends kat siapa yang merajuk tu. Haha selalu aku akan pujuk macam ni "Tak retilah pujuk". Memang tak reti nak kata apa kan? Haha.

1. Ayat mesti manis
Ayat orang memujuk adalah beribu-rbu kali manisnya. Kalah menanam tebu di bibir okey. Sebab nak tawan balik hari yang rajuk bukan mudah. Lagi-lagi yang keras hati. Kalau lembut cakap sikit dah baik. 

2. Beri perhatian lebih
Selalu orang merajuk perlukan perhatian. Bila dia merajuk mestilah nak dipujuk. Bila kena pujuk automatik dia akan diberikan perhatian dan layanan istimewa. Sekejap aje dah sejuk hati dia. Percayalah!

3. Bagi masa
Selalunya hati orang merajuk tengah sakit. Jadi ada juga yang suka bagi masa kat si merajuk. Macam biarkan sejuk dulu. Tapi aku tak suka sangat. Sebab makin bengang adalah. Alasan yang aku terima selalunya dari lelaki ialah tak apa, nak bagi awak sejuk dulu. Hish dah orang merajuk minta dipujuk. Teruslah pujuk. Tu aku. Kalau orang lain lain kot caranya.

4. Pujian
Ni berat sikit untuk yang lelaki. Sebab lelaki ni kedekut pujian. Serius aku cakap. Sebab lelaki dan perempuan tak sama. Ego tinggi. Jadi nak puji awek memang sampai clash tu adalah satu dua pujian. Kecualilah dia kasanova. Memang puji manjang.

Er macam ayah aku. Ibu masak sedap jarang dipuji. Bila puji kembang semangkuk Puan Latifah tu haha. Aku pun pernah kena puji. Jadi ayah memang best=)

5. Hadiah
Ni semua berkaitan duit. Kadang nak jugak hadiah. Macam bunga ke teddy bear ke coklat ke. Janji hadiah. Tapi bukan hadiah hari jadi eh. Hadiah untuk memujuk. Macam dalam Nora Elena tu. Penuh bunga. Senyum sampai telinga kalau aku dapat haha.

Cukuplah untuk saat ini. Idea kering. Korang ada nak tambah? Tadi ada tanya aku punya Udang masak lemak sedap tak. Mestilah sedap=)

5 comments:

K said...

hahaha.. XD

p/s : siapalah anak murid yang comel tu? :P

atiqa aris said...

anak murid?u cikgu eh?

kaizen said...

yg ni mmg best...

*boleh la tlg kawan2 pujuk awek dorg.. eh?? silap2... swoh dorg pujuk awek masing2... heheheh

latest entry 2 Benda yang Blogger TAKUT & Urban : Camera Paling CANGGIH

Sunah Sakura said...

gggrrr! tengah merajukkk nehhhh!

~Kirin Selama Perak~ said...

<---takpandai pujuk..
#okbai

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers