ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Serius aku emo tadi. Aku emo sampai rasa nak lempang-lempang pengomen tu. Bukan di blog aku yang pastinya. Memang dasar Anon! Grrr. Sengaja publish lambat supaya hati tak emo sangat.
Yang tak tahu senanglah cakap. Aku pantang betul orang tak tahu apa-apa tapi bajet tahu semua benda. Kadang kita ni harap je ada akal tapi tak reti nak fikir. Sebab tu orang selalu cakap, cakap jangan sebarang cakap. Nanti terima padahnya.
Situasinya begini;
Kawan aku ada nak terbit novel. Tapi risau sebab kontrak yang diberi macam berat sebelah. Hal ini kontrak seumur hidup. Maknanya selama-lamanya kau akan terikat dengan syarikat sama. Jadi kenalah fikir baik-baik. Takkan nak main setuju je.
Tolonglah guna akal bila komen. Dahlah aku siang malam dengar dia risau pasal kontrak tu. Siang malam dia cari orang mintak pendapat. Kau senang-senang nak tuduh macam-macam. Kau reti apa? Setakat keluarkan duit. Kau tak ada hak nak cakap kalau hujung pangkal pun kau tak tahu. Sekian entri emo dari aku. Sekarang aku dah tak emo pasal layan TWITTER #eh.
Ps: Kalau dia, dah lama aku ketuk pakai buku!
14 comments:
ya.. aku faham.. kadang3 anon ni boleh buat kita tersentap..
aku pernah alami..=)
Sbl bagi komen kena tahu cerita full dulu...
sesungguhnya senyum lg sesuai dgn ko berbanding emo...hik3..
jangan tulis/type sebarang tulis/type :)
manusia senang utk memberi komen tentang perkara yg mereka sendiri tidak tahu apa sebabnya kan..
-_-'
sabar ea, sis..:')
garang gila siot..takut den dibuatnya.nak terkencing je rsa.hehee
orang hanya pandai bercakap berdasarkan apa yang mereka lihat.sedangkan mereka tidak merasai dan mengalaminya sendiri.
ngade, tak semua anon camtu. bluerkk
-dia-
huhu tu lah..kite kene pikir dulu sblum cakap kan..pikir alo kite di tmpat org tu..
hmm..kesian sidia kene ketuk buku =p
mak ai garang seh..... tkut mak nokkkkk......
Bg I mmg bkn snng utk jd pnulis... mcm2 org komen, ada +ve n -ve.... sebab pengomen tu kbykknnya tak tahu keseluruhn crite..
jd diorg komen ikt apa yg diorg fhm melalui p'ceritaan yg dbce..... pd I setakat komen bgitu, xjd mslh.... lainlah klu dia kte dpn2...mmg mslh...sbb rmi pnulis b'hti tisu....hikhikhikhi....
cth t'baek akak ipah...hahahahaha.
jgn marah nokkkk..... 6t 'dia' lari
kontrak seumur hidup? makk aii.... fikir betol2 lah...
kalau cik semut better tak lah. mmg ini peluang, tapi kalau seumur hidup tu mcm tak de life nanti. mana nak kejar masa menulis, masa kita, family...
kawan2 cik semut juga ramai penulis. tapi setakat ni belum ada yang setuju untuk kontrak seumur hidup. kene berani tanggung risiko tu
ai skang pun tgh karang novel.
hope one day ada publisher berminat..
errkkk...
hahaha
kontrak seumur hidup? oh.. itu patut di tolak :)
makan boleh sebarang makan
cakap jgn sebarang cakap..
* jeling-jeling tajuk ni dari opis lagi.. bz kononnya :)
kadang2 lain yg kita sampaikn lain yang readers paham kan...
Post a Comment