CORETAN TERBARU NADH

Melecur pun kena fisioterapi?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya masih ada kisah aku dengan hospital. Entah bila nak tamat kisah percintaan kami berdua. Yang pasti sekarang aku nak bercinta dengan fisioterapi dan cara kerja. Maaf aku terpaksa tinggalkan pakwe lama yang berjasa sehingga kini. Pakwe cuci mencuci luka.

Dulu orang melawat aku akan cakap "Ala kamu melecur je. Tak patah. Tak teruk. Bersyukurlah!" Aku angguk iyakan. Tapi sekarang aku tak rasa macam tu. Melecur bukan saja sakit, pedih, pergerakan terbatas, tak selesa sepanjang masa, berdenyut, masalah jangkitan, pantang larang makanan dan buat pembedahan pulak.

Melecur bukan semata-mata kena air panas. Sapu ubat esoknya baik. Aku sekarang kena buat fisioterapi. Yang mana tak tahu tu, tangan ni dah lama tak berfungsi. 4 bulan lebih. Jadi otot mengeras. Urat menegang. Yang paling teruk jari hantu dan jari manis aku tak dapat bengkok pun. Nak buat penumbuk apatah lagi.

Jadi elakkan melecur. Walaupun tak patah, side effect lagi teruk dari patah rupanya. Tapi masa aku fisio tadi dia tolong urut-urut sendi. Budak praktikal tu takut nak urut kuat-kuat, takut aku sakit. Padahal aku siap nak tertidur. Bayangkan sakit-sakit pun rasa nak tidur. Adakah aku dah imun dengan sakit? Atau aku dah rasa sakit yang lagi teruk dari ni? *Maaf asyik cerita pasal hospital je kan?

Ps: Dia terlalu sibuk.

24 comments:

.........cP~ said...

Kalau tak teruk melecur tu, tak la wad burn ada wad khas.

Nurul Syakira Zainal said...

sila join bloglist kiera :
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2012/01/bloglist-monster-rawr.html

Anonymous said...

sabar yew.. setiap ksbrn ade balasan :)

QasehSuci said...

cepat sembuh yer iffah...rajin2 lah bercinta ngan hospital tu...insyallah sembuhlah nanti...

Nong Andy said...

rupanya macam tu. teruk juga kalau kena melecur ni. Tak sangka.. moga cepat-cepat sembuh, lepas tu boleh buat cerpen byk-byk tanpa halangan :)

Unknown said...

Tak pe, share je apa yang iffah nak share. Eza tetap akan baca, hee. Semoga cepat sembuh dear :)

NorFarahin@aien said...

syafakillah ya sis..smoge cepat sembuh...len kli at2 naa..^^

Dayang Deno said...

deno sakit.... deno teringat ma slalu cakap... "kalau kita rasa kita sakit.. ada orang sakit lebih teruk dari kita...." deno doakan ifa cepat sembuh dan tabah... amin!

Unknown said...

teruk jugak ye..sabarjelah dengan ujian tuhan. cuba je lah fisioterapi tuh

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Unknown said...

p/s: Mana ada buruk, entry tu yang paling utama :)

Ce'gu JAERA said...

huhuhu.. tak terbayang apa yang dirasakan oleh Iffah selepas insiden itu... banyakkan bersabar yang sahabatku.... pasti ada hikmah d sebaliknya... kuatkan semangat ya

D said...

urmm , terukkk juak eh.

pheww. scary -,-''

Eera Shera said...

teruk gak ek kesan melecur..kiranye iffah guna sebelah tgn je ke kalo wat keje?

maszull said...

assalamualaikum iffah...sabar yer nanti baik la tu tu sbb kena buat fisio...:(

Cikgu Ma said...

x penah lgi melecur teruk..setakat kena iron panas , kuali panas bese la...

oh blogger #2

msredcheesecake said...

Memang berat lagi bahu memikul... Kita yg dengar je tak akan paham apa adik rasa.... Sabar yea, anggap saja proses membersihkan dosa....

Anonymous said...

ermm..nasib kita serupa...cuma perbezaannya saya mengalami cacat kekal di kaki akibat kemalangan jugak....tulang punggung,peha dan betis patah... patah di peha melibatkan dgn lutut sekali..masa kemalangan tu saya sendiri tengok tempurung lutut saya terkeluar dr landasan.Sekarang ni syukur alhamdulillah...saya bersyukur dpt berjalan semula w/pun dgn menggunakan tongkat.Ingat!jgn berputus asa...sentiasa redha dan terimalah...setiap kejadian pasti ada hikmahnya...

reenapple said...

uh.. sabar la ek.. =)

aamalinaazman said...

kak ngahhh!
adoiii
bole nk tetito
hehehe

alhamdulillah :)
dah bole mule fisio..ajen2 ye.. :)

insyaAllah nnti bole gerak :)


p.s: kene contohi si anon tu..hee :)

r-5 said...

Ya Allah.. Kuat juga Si Dia menguji kamu, ujian tanda cinta dan sayangnya akan kamu.. semoga sembuh selalu.. Ceriakan hari mu selalu, agar sakit-sakit itu tertidur kuyu.. :)

Kira Sakura said...

akak yakin akan ada byk kebaikan yg Dia sendiakan untuk iffah lepas nie.. insyaAllah :)

Anonymous said...

Baik hari! Posting ini tidak dapat ditulis lebih baik! Membaca posting ini mengingatkan saya pada pasangan tua yang baik kamar saya! Dia selalu mengobrol tentang hal ini. Saya akan meneruskan ini menulis-up untuk dia. Cukup yakin ia akan memiliki membaca yang baik. Banyak terima kasih untuk berbagi!

Anonymous said...

Hanya pikir saya akan menjatuhkan Anda garis untuk memberitahu Anda situs Anda benar-benar batu! Saya telah mencari informasi semacam ini untuk waktu yang lama .. Saya biasanya tidak membalas posting tapi saya akan dalam kasus ini. WoW besar yang hebat.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers