ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu memikirkan pabila terpandang nama blog ini sendiri. Benarkah? Kenapa orang seringkali menyalahkan cinta? Cinta tu terhadkah? Kenapa bila sebut pasal bercinta mesti ditujukan untuk sang teruna dan dara. Majnun dan lailanya.
Pernahkah kita fikir yang cinta itu luas maknanya. Sehingga kita sendiri tak sedar yang sebenar kita telah lama dilamun cinta. Cinta kepada ibu dan bapa. Tanpa mereka siapalah kamu. Memang ada yang kata nenek jaga, mak tiri jaga. Duduk rumah kebajikan. Tapi ingat yang melahirkan adalah ibu kandung.
Tapi sering kita mengangungkan cinta antara pasangan sahaja. Kejamkah aku jika aku kata cinta ini memang membutakan mereka. Cinta antara pasangan telah membutakan hati mereka dalam menilai baik buruk. Cinta kepada pasangan membutakan mata untuk melihat penat jerih ibu bapa yang membesarkan mereka.
Tapi bila dilamun cinta yang membutakan mereka alpa. Lupa diri mereka kepunyaan Allah S.W.T. Lupa yang cinta sebenarnya luas skopnya. Tapi kenapa bila berbicara tentang cinta kepada pasangan laju memberi erti yang indah. Cuba tanya diri cintakah kita pada tuhan kita? Cintakah kita pada Rasulullah S.A.W.? Sebelum cinta kepada sesama manusia kita cintakah pada diri kita sendiri? Diri kita yang dikatakan tak boleh hidup tanpa cinta dari pasangan?
Renungkan dalam-dalam. Cukupkah cinta kita kepada Tuhan, Rasul, keluarga, diri kita? Jika belum mengapa ingin menjebakkan diri dalam permainan cinta yang membutakan?
8 comments:
suka entri ni...=)
CINTA KEPADA PASANGAN BOLEH MEMBAWA KEPADA HILANGNYA CINTA KEPADA ALLAH
jangan biarkan cinta pada dunia menenggelamkan cinta padaNya kerana hanya cinya padaNya yang kekal
jom bac
Sebab Kenapa Lelaki Mahu Menyendiri
Alhamdulillah
Cintailah pada Allah dan Rasul kita kan
^_^
M0ga dipermudahkan hati dan fikiran
untuk memkikirkan kebesaran ini ^_^
cinta, ahahahhaha.. :D
buta la sebab tu terraba-raba.. ahahaha
Nadh suka hat ni. terbaik la Miss Ran.. :D
betul tu iffah sayang...:)
jangan butakan mata hati kerana cintakan sesuatu yang tidak kekal.. cintalah kepadaNYA kerana itu yang kekal selamanya..
Post a Comment