CORETAN TERBARU NADH

Bila sunyi aku rindu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tatkala kesunyian menerpa
aku terbuai berbaur rasa
tatkala angin meniup dingin
rasa itu kian ku ingin

lewat malam sinari bulan
hias langit nan gelap gelita
sungguh pahit ku telan
saat rindu datang menduga

ingin ku jerit di dada
hatiku dicuri orang ketiga
bukan ibu bukan bapa
tapi kau sang pencinta

sungguh hati sedang rindu
menanti masa untuk bersatu
sakit rasa tak tertunggu
bilakah masa bahagia itu

Puisi ini dikarang buat seseorang yang jauh di mata dekat dihati. Nak kahwin 2 tahun lagi boleh bu?=P

Post by,
Miss Ran 

3 comments:

Teratai Kayangan said...

http://sayangcoco.blogspot.com/2011/04/blog-ni-aku-rasa-patut-popular-laa.html

Fatimah Ali said...

nice one :)

Naniey TJ said...

kau dan aku sme....
kte serupa m'hitung rindu didada...
tapi bedanya kau rndukn dia...
tp rinduku bagai bayu kala senja....
tubuhku merasai rasa kesejukan si bayu
namun mataku xbisa mlihat wlau hanya bygn si bayu......
hidup aku sunyi....
sepi.... tiada yg ingin berkongsi rasa yang aku ada....
walau sekuat mne ku harap ia ada...
tapi ia tak mungkin akn ada lg...
kerna hatinya sudh tidak mampu ku miliki...

khas utk MR...hahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers