CORETAN TERBARU NADH

Salahkah kalau pernah bercouple?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sentap betul baca entry seorang lelaki ni. Aku tahulah kau tu beriman. Alim. Tak pernah couple. Tapi kenapa kau nak merendah-rendahkan orang yang pernah couple? Salahkah mereka? Sebab mereka pernah bukan sedang. Lain statement tu. Misalnya aku pernah couple. Dulu lagi. Tetiba aku clash alasan agama tak membenarkan. Sekarang aku dah nak berhubungan secara islam dengan kau. Iaitu dengan restu mak ayah. Kalau boleh nikah terus. Salahkah aku sebab zaman silam aku?

Aku tak tahu kenapa manusia suka judge macam-macam kat perempuan khususnya. Kalau dia banyak kali couple sekalipun mungkin itu dulu. Masa zaman jahiliyah. Sekarang dia berubah 100%. Kenapa nak judge dia dari masa yang lampau. Lainlah dia dah berzina iaitu hilang dara. Bolehlah kau nak reject awal-awal.

Kita kat dunia kejap je. Kau memilih sangat konon kau hebat? Konon ahli syurga? Ingatlah, kita belum pasti ke mana arah kita. Kenapa nak perlekehkan orang lain. Kalau yang dah insaf tu baca macam mana? Tak fikir ke hati orang wanita ni sensitif. Tak fikir ke yang lelaki dah kahwin dengan perempuan banyak kali couple sebelum kahwin dengan dia akan berubah hati sedikit sebanyak bila baca entry itu?

Er ko nak meruntuhkan rumahtangga orang? Cuba tulis entry berdasarkan hadis, fakta. Main ikut sedap je. Nak jadikan isu hangat supaya orang datang blog kau? Macam tu? Islam itu mudah. Kau jangan nak judge wanita bercouple kononnya iman nipis. Siapa kita nak judge manusia sedangkan kita sendiri tak tahu hala tuju di akhirat kelak. Adik aku couple jugak dulu. Sekarang dah bertunang dengan lelaki yang sama. Ikut syariat Islam. Bertudung labuh bagai. Sekarang kau nak judge tak adik aku nipis imannya?

Kesimpulan, couple memang haram. Aku pun tak galakkan. Lagi-lagi yang merendek keluar dating, naik motor, pergi taman bunga blah...blah...blah. Cuma aku ingatkan cuba terima orang tu lupakan zaman silam. Tu baru couple, menghampiri zina. Belum yang dah berzina dan bertaubat. Apa tanggapan kamu? Biar dosa dia dengan Tuhan, kita jangan lebih-lebih nak hukum orang tu. Sekian.
 Post by,
Miss Ran 

5 comments:

Zukifli Amir said...

aku cukup tak setuju bila ada orang yg menilai seseorang tu dengan apa yg dia dah buat salah cthnya kapel neh (salah ke? depend on the individu pd aku). org yang duk menilai tu duk mengutuk2 tambah dosa. silap2 org yg dikutuk tu da bertaubat, dan taubat dah terima Allah. kannnnnnn. sentap lah

http://ohsukamenyibuk.blogspot.com/

farasakura said...

double like :))

Sunah Mohammad said...

memang tak patut judge masa lampau orang lain...kalau sekarang dia da berubah jadi lebih baik...sepatutnya bagi sokongan untuk dia berubah ke arah kebaikan, bukan menjatuhkan semangat dia..

tieha ismail said...

tenkiup.. =)

muhasabah diri di pagi ari....

aliarosli said...

ek,terase

kaple gak dulu,skunk takmo
nak berubah,tapi ade je halangan

macam-macam dorang cakap
bajet alim lah,sedihnye

salahke nak berubah???
janganlah kaitkan dengan zaman jahiliyah dulu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers