CORETAN TERBARU NADH

Bila berjauhan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila berjauhan dengan siapa? Siapa yang selalu rasa diri keseorangan? Siapa kesepian? Siapa yang menangisi takdir yang telah direncanakan?

Siapakah?

Aku? Maybe. Korang? Aku tak tahu. Kadang bila fikir sejenak banyak bala menimpa. Banyak dugaan datang tanpa kita sedari kita akan merungut, merungut dan terus merungut. "Kenapa aku je failed? Yang lain tak belajar pun lulus je,". Bila selesai semua terus lupa apa yang dirungutkan.

Kenapakah?

Susah sangat manusia nak fikir tentang baik buruknya Allah menurunkan bala kepada kita. Kenapa seorang pun tak pernah sedar yang bala tu adalah satu amaran daripada Allah S.W.T.? "Kenapa aku yang gagal? Kenapa bukan orang lain?"

Apakah?

Tujuan Allah turunkan bala? Dugaan? Saja nak sakat hamba-hambaNyakah? Takkanlah kan? Jadi pernah tak kita fikir yang dugaan menimpa pasti ada sebab. Pasti ada hikmah disebaliknya. Ni jari sibuk menunding kat orang sekeliling. "Dia salah. Kau salah. Mak ayah yang salah. Allah yang salah sebab tentukan takdir aku sebegini rupa." Macam tu ke wahai pembaca sekalian?

Bagaimanakah?

Nak atasi semua ni? Kita gagal peperiksaan. Kita menangis nak bunuh diri. "Sia-sia aku hidup kalau exam pun boleh gagal. Aku loser!" Macam tu ke? Kita muhasabah kembali. Apakah yang membuatkan hati kita tertutup bila nak belajar? Bila menjawab exam?

Di manakah?

Silap kita sampai exam pun tak boleh jawab. Senang sangat. "Oh tak belajar betul-betul. Sibuk sangat dengan baca novel rupanya. Suka layari internet tengok video yang menunjukkan aurat. Begitu rupanya." Sebab tulah Allah turunkan dugaan supaya kita sedar yang kita sudah lalai. Lalai dengan nikmat yang dikurniaNya.

Bilakah?

Kita nak berubah? Sekaranglah. Takkan nak tunggu esok. Kamu tahu kamu boleh mati bila? Tak kan? Dah tu tunggu masa bila? "Aku tak readylah. Tunggulah. Tak puas enjoy." Dah kalau esok ditakdirkan mati sebab asma? Sempat ke nak tebus semua dosa yang telah lakukan. Sempat ke nak bertaubat? Masa tu sukar nak mengucap pun. Macam mana nak minta ampun dengan Allah?

Jadi berubahlah. Mulakan perubahan di saat ini. Jangan jauhkan diri dengan Allah kerana hati kita akan tertutup rapat buat selamanya untuk bertaubat. Renungkan.

4 comments:

~..Lesung Batu..~ said...

hurm betol tu..setiap yg terjadi ada hikmahnya.. Allah saja yg tahu apa yang terbaik untuk hambanya..=) thanx 4 sharing..moga hati ini selalu dekat dengan-NYA..ameen =)

Sunah Sakura said...

hurmmm...saya sokong ~..Lesung Batu..~

K said...

*terasa*

hehe, betul tu. cuma kadang-kadang kita dipengaruhi emosi, itu yang kita kena kawal.

Fasihah Supian said...

betul tu...sebagai hamba...kita perlu sentiasa dekat denganNya sebelum tersungkur jauh...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers