CORETAN TERBARU NADH

Bila kata pasal anak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Situasi satu:

"Papa, bila kita kahwin nanti papa nak anak berapa?" si P bertanya.

"Kalau boleh papa nak anak 11 orang. Cukup satu team bola sepak," Ketawa si L.

"Eh papa ni. Ingat mama kilang ke?" Cubitan manja hingga di lengan. Keduanya ketawa riang.


Situasi dua:

"Abang letih. Dah lama abang tunggu," Si L merungut.

"Nak buat macam mana bang. Dah bukan rezeki kita," Si P menjawab.

"Tulah awak. Asyik gugur je. Tak reti jaga anak dalam perut," Si L marah.

"Eh saya pulak kena. Kalau bukan abang suruh saya kemas rumah, basuh bilik air. Saya takkan keguguran tau!" Si P membidas.

Diam keduanya.


Situasi tiga:
"Awak. Kita dah lama menikah," Intro penuh makna dari Si L.

"Memanglah. 5 tahun dah. Kenapa pulak abang tanya?" Si P sibuk memotong sayur.

"Abang ingat, dah sampai masanya kita cari ikhtiar lain," Si L berdiri di sebelah isterinya.

"Cara apa? Ikhtiar apa lagi bang? Kita dah berusaha yang termampu," Si P mendung seketika.

"Bukan itu maksud abang. Abang ingat nak kahwin satu lagi. Mak abang dah bising nak cucu," Serba salah Si L menyuarakan hasrat. Sekelip mata jari isterinya dipenuhi darah. Si L panik.

Siapa salah? Siapa betul? Kenapa ada je situasi begini dalam kehidupan kita. Yang penting, tak payah nak merancang bagai nak rak. Sebab kebahagiaan takkan datang tanpa izin dariNya. Anak itu rezeki.

Ada orang nak sangat anak tapi ada juga yang buang anak. Ada orang bertarung nyawa nak melahirkan anak sampai mati syahid. Tapi ada juga yang sanggup bergelumang dosa kerana tak mahu anak. Ada jugak tak nak anak dengan alasan tak sedia. Anak tu kan rezeki. Hurmmm manusia-manusia=(

6 comments:

Sunah Sakura said...

manusia jarang bersyukurrr..

msredcheesecake said...

miss ran,
tatau nape perempuan, ibu tergamak buang anak...sayu betul tengok bby kena buang...

aamalinaazman said...

tulah
macam2 peel
aiyoooo

Unknown said...

hurmm..

kehidupan said...

nilai bersyukur bagi manusia ramai yg takde

K said...

hmmmm... :(

p/s : nak anak kembar. jom! XD

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers