ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa itu hobi? Tu soalan lazim aku untuk anak murid aku yang kerdil. Selamat ajar budak kecil. Kalau besar? Mana satu cikgu? Erk aku tinggilah. Dari budak kecik ni. Haha gurau je. Hobi ialah perkara yang kita buat semasa lapang atau perkara yang kita suka buat. Dulu aku suka membaca novel. Gian tak beli. Sejak akhir-akhir ni hobi aku suka menulis.
Mestilah menulis kat blog. Waktu mula-mula aku belajar blog, kawan aku Nani yang ajar kami semua. Semua gian nak berblog. Dulu aku nak jadikan blog ni pasal ceritera cinta. Ala-ala enovel. Tapi terpesong pulak. Selalunya orang yang baca enovel adalah silent reader. Termasuk aku. Aku malas betul nak follow. Tak reti satu hal.
Tapi hobi aku makin lama makin ke lain. Menulis blog adalah keutamaan. Aku cuba jimat duit. Nak beli sesuatu. Tetiba teringin IPAD. Kau gila? Mak aku pun tak pakai. Netbook jelah. Erk betul ke aku eja ni? Lantak! Aku nak jadi blogger tegar. Tapi aku perlukan sokongan kawan-kawan. Nak jadi macam pakcik ni. Teruja. Duit bukan segalanya tapi zaman sekarang segalanya tentang duit.
Ps: Aku nak kerja apa eh nak dapat duit ni?
Post by,
Miss Ran
4 comments:
hehe..samalah..asalnya sy mentulis blog utk bisnes online..lama² terpesong..jd buatlah 2 blog spy x bercampur..bestkan blogging..
insyaallahhhhhh di mana ada usaha mesti ada jalannya..hehehe
Nk komen xde kaitan ng entry... Just tertarik nh uote header blog missran
wah....MR dah berubah wajah la...... nmpk berseri2
Post a Comment