ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masing-masing punya kisah lalu. Ada yang mahu melupakan. Ada juga mahu menjadikan ia kenangan terindah. Tapi apa akan jadi jika kisah itu terus diungkit menjadikan
kita sendiri lemas dengan kata-kata mereka. Kata-kata sindiran, nista dan
sebagainya hingga melukakan hati. Benar orang kata, tak mustahil luka lama
boleh berdarah kembali. Oleh itu, janganlah bersedih kerana Allah itu ada.
Atasinya dengan cara;
Kuatkan semangat:
Kita harus kuat. Tiada orang yang bisa membantu kita. Walau sekeji
mana ayat nista yang dilemparkan kita harus hadapi dengan senyuman. Buat apa
kita nak bersedih kerana masa lalu itu urusan kita dengan Allah. Mulut mereka
takkan dapat kita tutup.
Bina hidup baru:
Tinggalkan segala pengalaman pahit kita. Jangan dikenang
kisah duka. Manusia mana tak pernah buat silap. Namun, kita dah diberi peluang
untuk bertaubat. Jadi gunakan peluang yang ada sebaiknya. Ingat, pengalaman
adalah guru terbaik. Mungkin pengalaman itu sepahit hempedu tapi hikmahnya
semanis madu.
Dekatkan diri dengan Allah:
Dengan cara inilah hati kita akan lebih tenang. Kisah lalu
sudah menjadi sejarah. Orang boleh pandang jijik pada kita tapi tidak Allah
S.W.T. Dia tetap akan bersama kita. Dia juga sangat sayangkan kita sebab itu
kita diberikan peluang untuk menebus segala dosa di masa lalu. Ingat,
bertaubatlah. Allah menerima taubat hamba-hambaNya.
Apapun perkongsian ini bukanlah tujuan menjatuhkan mana-mana pihak. Aku juga mempunyai kisah silam yang membuatkan aku terasa rendah diri dengan orang lain. Tapi pengalaman benar-benar mengajar. Doakan aku agar menjadi lebih baik. Bukan hanya si hipokrit yang hanya tahu berpura-pura baik. Wasalam.
Ps: Dia memahami.
19 comments:
baek kak ngah
opah akan cuba :)
ya, pengalaman lalu mungkin menjatuhkan semangat kita, mungkin juga ianya pendorong utk kita bangkit kembali utk terus maju..
terima kasih krn saling memperingati.. insya Allah akan cuba mendekatkan diri sebaiknya kepada yang Maha Esa..
betul!
dekatkan diri dgn Allah!!
sesuatu yg berlaku ade hikmah..
dan hikmah nye.. kita makin dekat dengan NYA.. :)
lupakan sejarah lampau.mulakan hidup baru.la tahzan.Allah sentiasa bersamamu
la tahzan.. InsyaAllah Eza akan lebih kuat lepas ni. Eza nak berubah. InsyaAllah. Semoga Eza istiqamah dalam amalan kebaikan :)
selalu tgk kawan2 terutama perempuan yg takut nk bukak buku baru atas kesilapan masa lalu...anggaplah xde jodoh...=)
assalamualaikum iffah...sejarah tetap akan jadi sejarah biarkanlah ianya berlalu dan hadapi masa akan dtg ngan senyuman dan jiwa yg redha...
dan seharusnya la kita saling ingat mengingati sesama kitakan agar kita akan menjadi seorang insan yg lebih tabah dan berani menghadapi masa hadapan...InsyaAllah...:)
dont look back in anger..heeee...
try to make it . thanks sis update~ :D
xpe iffah..bia org laen nk ckp ap p0n..kite amek yg positif utk ubah dri kite..yg negatif jdkan sbg pengajaran ^_^
bg la tips bertahun dh berlalu tp xleh lupa jgk...wuaaaa
betol! Allah sahaja yang betol2 memahami kita.. :)
kisah lalu kadang2 takmo nak kenang.mmg ia menjadikan akak rendah diri juga pd insan lain.tp kita sentiasa nak jd yg terbaik dan sentiasa membaiki diri kan?huhu
post ni mmg terbaik la ;)
betul..
sampai bila nak hidup dalam kenangan..
hidup perlu juga diteruskan demi impian yang dicari.^^,
yang lepas biarkan lepas... kita tak boleh nak ulang waktu dan ubah sesuatu yg dah jadi sejarah. Bermula semua dan bertekad utk jadi lebih baik untuk hari2 yg seterusnya.. kesilapan dan kegagalan lalu jadikan pengalaman dan pengajaran buat kita. Cikgu terbaik dalam hidup kita ialah 'pengalaman'(kata apek saiful-n i agreed with it)
*adeh.. pjg lagi iffah!
sebanyak buih di lautan pengampunan Allah untuk hambaNya yg bertaubat...
btul2!!
chaiyok2!!
:)
Post a Comment