ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ada seorang sahabat. Sejak tahun lepas isu ni dibahaskan. Sampai tak selesai jugak masalah dia. Ya aku tahu aku kawan yang teruk. Tak dapat membantu apapun. Tapi banyak sebenarnya aku nak cakap dengan dia. Sekarang dia sedih. Usaha selama ni sia-sia.
"Ada beza merayu dan dirayu. Kau kena terima hakikat tu," Aku kata kat dia.
Banyak kali aku ulang benda sama. Masalahnya kita nak mintak tolong kat orang. Jadi kitalah pergi merayu. Kalau orang tak nak tolong kita, nak buat macam mana? Paksa? Aku tahu susah untuk berjaya. Tapi kitalah kena tebalkan muka dan merayu.
Lainlah kalau kita dipujuk rayu. Berbeza sangat layanannya. Kita macam puteri. Yang merayu seperti pengemis. Ada sebab aku benci merayu. Orang nampak kita macam hina sangat. Mentanglah kita merayu kat dia. Cuba kalau kita dirayu. Dia pulak macam pengemis kan?
Jadinya kawan-kawan ingatlah. Memang besar perbezaannya. Jangan samakan kita dengan yang lain. Tak apa orang nampak macam pengemis pun. Yang penting kita berusaha kan? Orang berasa gagal sebelum usaha adalah loser. Sekian.
Ps: Dia buli aku. Kesian kan aku?
10 comments:
Macam perasaan masuk ke satu klinik ke satu klinik, hantar resume dari hospital ke satu hospita. Kira macam merayu nak cari kerja la tu. Malunya, Tuhan je yang tu.
sebagai lelaki sejati (cewah), istilah 'merayu' memang takda dalam kamus hidup. Kalau dirayu itu memang perlu.. Sebab Ego mesti ada pada seorang lelaki.. hamboiiii... ekekekeke... :p
tapi kalau dah terdesak, terpaksa lah jugak merayu2 ni.. sebab lelaki suka berusaha untuk mendapatkan apa yang dia inginkan..
Tapi bila dah dapat hasil pujuk rayu, faham2 saja lah.. most lelaki egonya tinggi.. tak suka merayu balik walau dia sendiri yang buat salah..
p/s: saya bukan tergolong dalam lelaki jenis itu.... wawawawa...
Mana ada buli, buuu
-dia-
hurm.sabar jela.
Assalamualaikum...merayu bila perlu dan pada yang sudi, dirayu untuk yang mahu.
ada bezanya,.. kadang3 terpaksa tebalkan muka untuk merayu...
*aku pom tak suka merayu..=)
huhu chaiyok3.. kene berusaha dulu,...
jom renung2 sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html
penah merayu,bila fikir mcm loser gile
and malu nak ingat balik
ahhh
Takde sapa suka merayu-rayu ni.. jatuh ego.. jatuh airmuka.
Tapi adakalanya perlu dan wajib! kalau kita memang memerlukan
'rayu' itu.
buatlah.. rayulah.. ego jgn di bela. tidak membawa kebaikan pun..
kalau org tu nak minta bantuan kita tapi ego pula nak minta.. nak kita pula terhengih-hengih bantu dia? ceh.. Tapi kalau org dah merayu minta bantuan kita, jgn la pula kita besar kepala ye tak? he...
*alamak.. pjg lagi la iffah :)
tak pandai merayu. P, bila ada salah faham, terpaksa jugak merayu supaya dia dengar penjelasan Eza.*kat kengkawan je* :P
Post a Comment