CORETAN TERBARU NADH

Pantun cinta nak mengorat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pagi-pagi keluar ke pekan
Beli barangan emak pesan
Rasa hati sudah terkenan
Kalau nak kenal boleh kan?

Perigi batu airnya sejuk
Buat basuh periuk belanga
Ada makwe kena dipujuk
Baru bahagia hati berbunga

Malam-malam pergi mengaji
Mengaji dengan Atok Seman
Kalau dah suka jumpalah wali
Tunang dulu nikah kemudian

Pagi-pagi menjiwang. Biarkan korang nak fikir apa. Aku syok sendiri je ni. Dia? Dia bertukar menjadi si Anon. Buat "Dia" silalah muncul lagi. Orang nak tahu sangat siapa kamu =) Sesiapa nak guna quote ke pantun ke silakan. Tak marah punya. Bangga adalah kan?

Ps: Tujukan untuk dia! Haha

19 comments:

Cik Pulau said...

anak cina datang dari cambodia,
singgah sebentar di Ladkhan..
ai pun teringin nak kenal dia..
tak sabar nak tunggu yu kenalkan..

hahahha

RHI said...

pagi2 hari belum ada idea nak berpantun ni...hahahha

pasti akan muncul tuuu

Unknown said...

ada hint le tuh.aku nak wat entry pantun jugaklah

Aien Not Alien said...

makan nasi berkuah kari,
berpantun dia didalam entri.


ok..2 kerat je mampu... :)

Cikgu Ma said...

nak pantun jugak

naik moto pegang erat2..
boleh ngorat??
hehe...

♥ p a a n i ♥ said...

sapekah dia? :)

KaK LimAh Si SupiR said...

weeeee~

Sunah Sakura said...

tak habis2 dengan dia tu..ish ish ish... :p

Anonymous said...

bestnye ngorat guna pantun , luar biase punye ngorat

Unknown said...

best2x...stiap kali on9 mesti akan sggh kt blog ni..hehe

Shahrizat Ahmad said...

ok..entri ni lejen!

Unknown said...

hati iffah bunga-bunga dah ni.. Heeee... Jiwang ada makna ni. Haahaa. :)

EruzuLiyana said...

pagipagi tengok Halaqah,
tengok bersama mak mertua,
taksabar nak kawin taksabar nak nikah,
umo pon dah menginjak ke angka dua..

haha, doakan kami punya jodoh cepat eh..hehe

Juliet_iRa~" said...

haa..siapa tu?;p

pss : akk da tau da..nt akk btau k..:D

Eera Shera said...

anon ngaku la sape anda..penat saya meneka hihi

ps: curik boleh pantun ni ;)

QasehSuci said...

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si 'Anon' sorang
Dua tiga boleh dicari
Manakan sama si 'Dia' sorang.

Haha..boleh ker??

Qaseh tag Iffah

http://cintaqasehsuci.blogspot.com/2012/01/segmen-mr-eraz-fadli-tingkatkan.html

aamalinaazman said...

kakakaka
mane2

aihhh
lmbt plak Die nak muncul ye :p

Nong Andy said...

aku ni tak pandai berpantun
tapi nak juga menyibok konon
mencari ayat hampir sekurun
Jadi tak jadik aku tak kisah pon!

Gundah sungguh rasa di hati
Siapakah dia hati tertanya
tolong muncul sekali lagi
agar persoalan bertemu jawapannya

* Best gak sesekali berpantun :)

Kira Sakura said...

mcm dh dekat2 jer dia nk muncul tue... mcm x lama lagi jer..... :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers