ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah rasa cemburu? Sakit kan? Kita nak tapi tak dapat. Yang kita nak dia ada. Lagi parah kalau dia macam sempurna dari segala segi sampai kita rasa cemburu. Ya sangat cemburu dengan kelebihan yang dia ada. Parah kalau hati asyik mengatakan cemburu. Seakan tak bersyukur dengan yang dikurniakan Allah.
Aku tak menafikan aku juga ada rasa cemburu dalam diri. Ada yang kata cemburu untuk kebaikan tak mengapa. Jangan cemburu untuk yang jahat. Cemburu yang sampai berbunuhan. Cemburu sampai mengkhianati kawan menjadi lawan.
Misalnya;
KES 1: Aku cemburu dengan kau. Kau boleh menulis tanpa putus-putus ideanya. Kau punya penulisan yang membuatkan orang rasa nak menangis. Aku suka penulisan yang boleh buat aku menangis. Aku dapat cucikan mata aku ni.
KES 2: Aku cemburu tengok kau berjaya terbitkan novel. Sedangkan aku tak. Kenapa aku tak suka mengarang seperti kau? Kenapa aku tak boleh jadi seperti kau? Menulis dengan kepuasan beserta komitmen?
KES 3: Kau cemburu dengan aku kerana aku suka menulis hingga buatkan orang berangan untuk bahagia. Kau cemburu tengok penulisan aku yang kau katakan sweet. Kau cemburu aku pandai olah hingga menjadi kisah cinta yang sempurna dan berakhir dengan bahagia selamanya.
Tapi buat apa layankan rasa cemburu. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Gunakanlah kelebihan itu untuk berjaya. Jangan cemburu jika kau belum berjaya. Usaha lagi. Jangan cepat putus asa. Aku cemburu tapi aku tak dapat berbuat apa-apa. Sebab aku manusia biasa. Cemburu itu normal. Aku terasa bahang cemburu itu. Aku mengaku kini aku cemburu melihat semua berjaya.
Ps: Cemburu dengan penulisan dia juga.
12 comments:
betul !
kita cemburu dengan pendapat akak.
pandai akak olah yea ;)
eh! silap, kita xboleh cemburu sebelum berjaya.. hehe ;p
hihi..stiap org ada kelebihan msing2...
tp kdg2 cemburu tu penting jugak..
cemburu boleh jd motivasi untuk kita terus maju...
cemburu kadang-kadang ada baiknya =)
cemburu tandanya syg
errk tetiba
ai pun cemburu jugak...
errr,,,
cemburu bersifat positif.. akan membangkitkan usaha yang berlipat ganda untuk beri saingan sihat kepada pihak lawan :)
*Sungguh cemburu dgn iffah yg slalu ada idea untuk entri baru. tak kira cerpen atau isu. Tapi terima kasih utk itu sebab semenjak dua menjak ni aku jadi blogger tegar sebab insprirasi dari blog iffah :)
cemburu tu boleh, tapi biarlah positif! baru boleh tingkatkan prestasi diri sendiri..
akak minat menulis tp ak kreatif. cemburu sgt pd org yg berupaya melahirkan cerita menarik
cemburu tu biar ada batasnya. Jangan cemburu buta. dek kerana cemburu manusia boleh menjatuhkan manusia lain. Bersyukur la atas kelebihan masing-masing. Usaha untuk lebih berjaya. InsyaAllah :)
deno cemburu ifah pandai menaip cerpen... nak blaja ngan ifah.... :)
Cemburu kawan dah kerja ada duit. Hehe
cemburu ke arah kebaikan tue xpe sbb itu akan jadi motovasi kita untuk berjaya jugak... :)
Post a Comment