CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Haruskah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Laju langkahnya bersama titisan air mata. Alia pasrah. Sepasang teruna dan dara tersipu malu di atas singgah sana yang indah bercahaya gemerlapan. Hatinya hancur namun tetap doakan yang terbaik buat pasangan bahagia.

"Dik, gift tak nak ke?" Alia hanya menggeleng. Tak mampu dia menoleh melihat kegembiraan lelaki yang dicintai bersama perempuan lain.

"Kenapa budak tu? Datang kejap terus pergi. Makan pun tak," Mengomel si penyambut tetamu.

"Selamat bahagia wahai Ady dan isteri," Alia menongkah arus orang ramai yang menuju ke gerbang khemah.

"Lia, tunggu aku. Ady bising kita tak makan dulu," Azlini memegang lengan Alia. Alia menyapu air mata laju.

"Lia, kau kena kuat. Ady kan dah memang ada hati dengan Sunah dari dulu. Bukan kau tak tahu," Alia menggeleng.

"Lini please. Aku nak balik," Alia menarik lengannya lembut dari pegangan Azlini.

"Lia a...a...ku," Azlini serba salah. Dia datang berempat. Takkan nak ikut Alia. Habis Iffah dan Tasha macam mana?

"Lini, korang balik naik kereta oranglah ye. Aku nak cepat," Alia berkata tanpa berpaling lagi. Ady sentiasa di hatinya biarpun dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.

"Lia, take care. Jangan buat perkara bodoh okey," Azlini risau.

"Lini, kenapa ni?" Tasha bertanya. Iffah masih duduk di meja. Melihat dari kejauhan drama rakan-rakannya.

"Alia tu. Tadi beria nak datang. Ni belum duduk dah nak balik," omelnya.
xxxxx
"Ady, congrats," Tasha laju ke depan. Masa tu ramai beransur pergi.

"Thanks korang. Sudi datang hari bahagia aku," Ady senyum gembira.

"Hai Su. Tercapai jugak hasrat Ady beristerikan you," Iffah bersalaman dengan Su. 

"Aah Su. Tengok. Akhirnya korang bersatu jugak," Sengih Azlini. Tasha dan Iffah hanya tersenyum.

"Eh mana Alia?" Ady pelik. Dari tadi tak nampak kelibat perempuan itu. Semuanya rakan dunia maya. Tapi akhirnya menjadi rapat seperti sekarang. Siapa kata dunia maya adalah fantasi semata?

"Ah? Alia? Dia busylah," Azlini cuba mengawal pertuturannya. Risau terlepas kata. Su tersenyum.

"Ady kitorang nak beransur dah ni. Korang mesti penat dari tadi asyik layan tetamu," 

"Okey, terima kasih datang lagi sekali. Kirim salam kat Alia." Ady sengih. Masing bersalaman dengan tuan rumah iaitu Mak kepada Su. Maka tamatlah kisah cinta tak kesampaian.
xxxxx
Kereta Vios dipecut laju. Hasratnya mahu melupakan gambaran kegembiraan Ady di singgah sana tadi. Matlamatnya pergi jauh dari hal yang menyedihkan. Tanpa sedar kelajuaan kereta Alia mencecah 180KM/J. Dia istighfar berulang kali.

"Ya Allah apa aku dah buat ni," Meraup wajahnya. Dengan kuasa Allah hujan turun lebat membasahi bumi. Alia terkejut. Awan hitam pun dia tak sedar. Dunianya kelam sama seperti sekarang. 

"Macam mana ni? Hujan lebat sangat. Jauh lagi Melaka ni," Alia merungut. Dengan kelajuan 30KM/J dia cuba menongkah arus jalan yang tak kelihatan lagi. Matanya yang rabun hanya berpandu pada lampu kecemasan dihadapan. Guruh berdentum. Sejuk tubuhnya.

"Ya Allah, takutnya aku. Gelap sangat," Dikerlingnya jam kereta. Baru pukul 4 petang. Tapi gelap seperti senja pula.

"Sabar Lia. Kau boleh," Cuba meyakinkan dirinya. Jammed teruk. Mungkin kerana cuti umum. Alia mengeluh. Dia meliar mencari signboard R&R. Tak mampu lagi dia meredah hujan yang seakan mengetawakan perasaannya kini.

Seorang diri di kawasan rehat yang sememangnya penuh dengan mat motor. Kan hujan. Mereka mestilah berteduh.

"Susah juga naik motor ni," Alia mengomel. Akhirnya dia tertidur. 
xxxxx
Ketukan di tingkap sebelah penumpang sangat kuat memaksa Alia membuka kelopak matanya. Terpisat-pisat dia melihat siapakah gerangan menggangu tidurnya. Lelaki. Dia takut. Ketukan bertalu-talu. Akhirnya lelaki tu rebah. Alia gabra. Dia keluar melihat lelaki yang terbaring di tepi keretanya. Kelihatan makcik-makcik buru melihat keadaan lelaki itu.

"Kenapa encik?" Alia menarik baju lelaki itu. Dia sedar keadaan darurat. Tapi tetap mengehadkan sentuhannya.

"Kenapa ni nak?" Makcik prihatin membangunkan lelaki itu dengan menampar muka. Lelaki itu masih tak sedar.

"Anak kena bawak kawan anak ni pergi Hospital. Panas dahinya ni," Makcik tu bagi pendapat. Alia kaku. Kawan?

"Tapi makcik," Makcik tu segera bangun. "Tapi apa?" Makcik pelik.

"Makcik tak nak ikut ke?" Alia tanya. Makcik buat muka serius.

"Bukan tak nak. Tapi makcik ni konvoi. Kang kena tinggal pula. Esok majlis anak saudara kat Johor. Jauh lagi perjalanannya." Makcik terang dengan lebar. Alia mengangguk. Segera meminta bantuan Pakcik untuk angkat lelaki tu masuk ke kereta. Alia nekad.

"Terima kasih makcik, pakcik. Saya pergi dulu," Alia menekan pedal minyak. Kereta memecut menghala ke Hospital Besar Melaka.
xxxxxx
"Abang nak suka kalau awak senyum macam ni," Alia jegil matanya.

"Garang betul," Azizi tersengih.

Kini setahun sudah berlalu. Lelaki yang pengsan ketika hujan lebat itulah bakal suaminya kelak. Siapa sangka jodohnya di kawasan Rehat dan Rawat. Namun, kerana hal itulah Azizi dan dia kini menjadi tunangan. 

"Lia apa yang dimenungkan tu? Cepat pilih baju apa nak," Alia sengih. Mak Andam menunjuk pelbagai fesyen baju nikah dan bersanding. Beberapa bulan lagi dia pula ke gerbang perkahwinan. Azizi insan terpilih dan dia yakin itulah jodohnya. Kisah cinta bertepuk sebelah tangan lama terhenti dek kehadiran Azizi. Alia memilih baju kurung moden putih suci. Azizi mengangguk tanda setuju.

"Sopan bakal isteri abang ni," Azizi tergelak melihat Alia malu-malu.

"Ady, moga kau tetap bahagia dulu, kini, selamanya," Alia menutup ceritera sampai di sini. Kerna dia yakin pada ketentuan Allah S.W.T.
TAMAT
Pinjam nama ye kawan-kawan. Hope tak kisah=P

6 comments:

aliarosli said...

hahhahhahaha, best, suke pulak bace cite akak

waaaaaaaaaa, nak gak kawen, bestnye, berangan jelah

jap lagi nak mimpi kawen, boleh tak?

hahhahahhahah,

Sunah Mohammad said...

nice one la dear~~ da lama tak tulis cite eks, macam melepas rindu dendam lak..hehehehe...

cik pulau said...

ahahaha... tak sangka nama cik pulau pun ada yer..
hmm.. tiba2 terpikir sendiri baca cerita ni.
bila la agaknya nak bertemu pasangan sediri yang mungkin kita sendri tak jangka.. errkk... apa cik pulau duk merepek ni.
pengsannnnn!!!!

aDisH.sHidA said...

best nyer....mcm baca novel plak

ana raisya said...

akak kalau boleh kan biaq la nme watak lain plak....sy da bce semue...sme je...tp mmg best la cerite2 akak nie...

ijA said...

sweeet lgi yg ne..siap pilih2 baju kahwin g....kita nak pilih colour lawa2..lah

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers