ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebenarnya tak larat nak taip entry tapi kesian pulak dah bersawang. Sebenarnya aku telah demam di hari ahad setelah balik jalan-jalan. Sempatlah post entry. Tapi entry pasal tu malas nak post. Atas sebab-sebab sulit. Cukuplah aku cerita yang aku berjemur. Tu demam kot.
Tapi sebelum keluar tu sihat je. Tak makan pagi satu hal. Isninnya aku cirit birit yang terlampau dasyat. Belum pernah macam tu. Dari 4 pagi sampai 10 malam tadi. Aku makan pil Cik Kit Teck Aun tu. Yeke eja macam ni? Tapi macam tak berkesan je. Sebab aku makan pukul 1 pagi.
Dahlah exam petang isnin tu. Sebelum masuk dewan exam pun aku sempat pergi tandas. Aku rasa penat sangat. Masa menjawab 2 jam setengah. Dahlah sejuk kat dalam tu. Nasib bawak sweater. Aku dah tak larat angkat kepala. Lemah je. Makan roti ikan bilis je pagi sebelum periksa tu.
Akhirnya aku main tulis je. Tulisan jangan cakaplah. Entah pemeriksa faham ke tak. Aku keluar sejam awal. Mencatat rekod tu sebab tak ada siapa keluar selain aku. Tapi aku tak larat dah. Balik bilik telan ubat tapi tak boleh tidu. Dugaan apakah ini? Aku terbaring sepi seorang diri.
Kesimpulannya, jaga kesihatan anda. Jangan over jalan-jalan tu. Sebab dari hari jumaat aku asyik keluar je kan. Mana taknya.
Jumaat:
Makan A&W
Wayang Pirates of the Caribbean
Lepak Mcd
Wayang Nur Kasih
Sabtu:
Makan Nasi Kukus
Taman Mini Malaysia
Makan chicken chop di JJ
River Cruise
Ahad:
Keluar berjemur di tengah panas dari pagi sampai pukul 2.
Balik update blog. Pengsan.
2 comments:
buat ape berjemur? err..
hehehe..ape keje ko pergi berjemur rase dah gebu bebeno dah ke
Post a Comment