CORETAN TERBARU NADH

Review KONGSI

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gasaklah. Sila jeles sebab aku antara yang kedua menonton. Sebab aku tengok jam 2.20. Terlepas beberapa minit membuatkan aku rasa sayang untuk tengok pada jam 12.40. Cerita start 12.20. Kejam!
Inilah cerita yang aku tengok tadi!

Filem:
Kongsi
Pengarah:
Farid Kamil
Genre:
Aksi & Komedi
Pelakon:
Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Azad,
Putri Mardiana, Bront Palarae, Piee & etc.
Penilaian:
3 / 5 bintang
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang 3 kumpulan kongsi gelap terbesar sekitar Kuala Lumpur yang terdiri daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang mula bergaduh sesama sendiri kerana ketua - ketua atau ahli - ahli berpengaruh di dalam kumpulan mereka ditemui mati dibunuh oleh seseorang. Setiap kumpulan menuduh antara satu sama lain yang sedangkan pembunuh sebenar ialah Tumulak, seorang pembunuh upahan yang berasal dari Thailand. Beliau mendapat arahan daripada ketua Gangster Thailand iaitu Kimpedu yang mahu menguasai kawasan - kawasan hitam di Malaysia daripada kumpulan kongsi gelap Malaysia. Kegiatan Tumulak akhirnya dikesan oleh polis Malaysia dan beliau kini diburu oleh polis serta kumpulan kongsi gelap yang ingin membalas dendam atas perbuatannya selama ini. Tanpa disangka, ASP Sharif yang mengetuai pasukan polis dalam memburu Tumulak sebenarnya mengenali rapat pembunuh upahan itu. Siapakah Tumulak sebenarnya? Apa kaitan beliau dan ASP Sharif? Mampukah Tumulak diberkas oleh pasukan polis atau kumpulan kongsi gelap Malaysia? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda.

Komen aku:
Jalan cerita agak bosan sebab lembab. Karakter Temulak macam tak berapa nak naik sebab banyak tertumpu pada pelakon tambahan. Ada babak lawak pecah tawa. Ada yang buat aku menguap sepuluh kali. Cerita mendatar. Motif pembunuhan masih tak diketahui. Mungkin ada sambungan. Bagi aku cerita ni tak mencapai standart yang aku nak. Aku tak faham kenapa Temulak kena bunuh rakan kongsi 3 kaum di Malaysia tu. Aku salute sebab mengamalkan konsep 1 Malaysia. Aku tak suka lakonan polis. Tak berapa menjadi. Banyak penggunaan dialek kelantan agak hancur. Tapi bahasa Thai memang mantap. Overall boleh tahanlah. Setakat RM7 aku tak rasa membazir. Cadangan aku? Pergi menilai cerita ni sendiri. Oh ya sound kuat sangat. Bikin aku pekak lagi-lagi time drift. Mungkin aku tak suka cerita aksi. Sekian review dari amatur macam aku.

2 comments:

Anonymous said...

yeke . alamak . . nseb xgy tgok . hehehehhe . beli CD jewlaa . hahahaha /

ishiko said...

yang pasti nya best!! thehehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers