CORETAN TERBARU NADH

Aku mengundang curiga | Mallaca Wonderland

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kesian pulak. Ada yang pelik kenapa aku pergi berjemur. Bukan apa takut orang lain baca. Mati aku kena soal. Wakaka bajet artis nak kena kejar dengan paparazzi. Okey-okey aku bagitau korang je tau. Orang lain tak boleh tahu.

Aku sebenarnya pergi Melaka Wonderland. Yeeehuuu. Pengsan. Bermain air sambil berpanas. Amat penat. Seronok pergi sana. Korang patut cuba. Haha aku saja nak jeleskan. Tapi banyak benda alah tinggi dan mencabar aku tak cuba. Ada yang sliding. Dia kena meniarap pandang depan. Gila! Mestilah tak nak. Sekali terbabas. Eeee ngeri. Meluncur yang menakutkan. Yang macam skateboard punya landas tak boleh sebab pelampung bertiga tak boleh.

Kami beli untuk tiga. Jadi ketiga-tiga boleh naik sekaligus. Selalu ada pelampung kembar je kan. Memang tak suka naik tempat tinggi. Tapi seronok punya pasal. Tu sampai demam+muntah+loya+cirit-birit tu. Seronok pergi sana. Cuma kekurangannya Melaka Wonderland ni jauh antara tempat ombak, tempat kanak-kanak dan tempat mencabar.

Ada satu tempat memang bengang tak dapat masuk. Dia kata macam ni "Yang perempuan kena pakai swimming suit dan yang lelaki kena bukak baju" Aku pelik. Kenapa kena diskriminasi terhadap kami kaum wanita. Ada jugak aku tengok pakai baju renang muslimah. Tapi dalam hati aku "Muslimah ke macam ni. Ketat je," 

Kesimpulan, tepuk dada tanya iman. Kalau korang rasa nak berseronok sinilah tempatnya. Panas, penat tapi berbaloi-baloi! Oh inilah dikatakan berjemur=P

3 comments:

cik saya said...

tahun lepas ada pergi sana. best! yang ala-ala superman tuh main banyak kali. memang tak ingat main berapa kali. dah bayar punya pasal, yang gerun2 tuh pun main jugak. heheeh

Sunah Sakura said...

gaagagagagagaga...eh, hahahahhahahaha! :p mesti makin gelap niiii! ops~ larikkkkkkkkkk!

eh, iffah...nak adjust width eh? adjust kat template designer tu...lepas tu adjust sekali sidebar..

Shiema Sufian said...

alaaaa. jelesnye :( shiema end of this year baru nak pegi :9
.... jom join bloglist shiema :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers