ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak ada idea nak update entry. Tak tahu kenapa. Aku macam malas je bukak laptop. Mengadap blog dan sebagainya. Mungkin minat aku berubah? Mungkin aku tak ada keghairahan dalam berblog. Mengapakah wahai Iffah?
Lupakan ia seketika. Mari aku bagi tiga sebab kenapa aku suka sangat baca novel.
1. Aku seorang yang berjiwa lembut aka hati tisu. Jadi aku suka cerita CINTA. Kalau korang perasan aku suka tulis cerita cinta kan? Bila aku dah minat cerita cinta tentulah aku akan memilih novel cinta. Bagi aku cinta adalah pelengkap. Tanpa cinta siapalah kita. Cinta banyak cabang. Korang jangan ingat cinta tu hanya untuk kekasih. Novel cinta memang aku jatuh cinta padanya sejak sekolah lagi. Tabiat ini tak terkikis bertahun lamanya=P
2. Dalam novel kita boleh berimaginasi. Aku suka membayangkan apa yang penulis sampaikan. Berbanding drama atau filem. Kita dah nampak pelakon dan membataskan rasa ingin membuat gambaran mental tu. Nak buat pun teka apa ending je. Jadi tak berapa nak syok. Lebih-lebih lagi tengok pelakon seksi, pegang-pegang, adegan ranjang. Walaupun dua-dua bukan suami isteri. Tapi dalam novel memang sah diorang suami isteri. Rasa sweet je.
3. Novel membuat aku berfikir. Mengkritik. Menilai. Membuat jangkaan. Banyak lagi. Aku suka baca penulisan seseorang. Bagi aku bila kenal penulis akan kenal gaya dia menulis. Aku suka penulis macam Siti Rosmizah. Dia boleh bermain perasaan sampai buat kita rasa kitalah watak itu. Kita menangis. Kita ketawa sendiri. Novel boleh membuat kita terleka. Lama mana pun ia pasti kita nak habiskan baca. Tu sampai 2 3 pagi tak tidur sebab tak sabar tunggu ending. Sedih!
Cukuplah tu. Kenapa korang suka/ tak suka baca? Boleh bagi pendapat. Mungkin kita dijadikan berbeza. Mempunyai minat berbeza tapi mengertilah minat membaca aku masih kental. Aku tengah layan komik. Walaupun ada gambar comel tetap aku pilih novel no 1 di hati. Oh novel! Novel cinta atau tak terpulang pada penulisan. Aku tak kira siapa penulis. Aku kira watak perwatakan, jalan cerita, gaya penulisan=)
1 comment:
hahhahha, tak suke bace novel sebab dia buat kita tertanya-tanya
suka baca sebab BERANGAN NAK KAWEN
hahhahahha
Post a Comment