CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Rindu memaksa aku begini

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pantai bersih ditatap sepi. Hatinya masih berbelah bagi. Sudah 2 malam dia menginap dia villa milik keluarganya. Jauh dari kota yang penuh sesak. Seperti mana sesaknya hati dan fikirannya bila memikirkan pasal jodoh. Jodoh memang di tangan tuhan. Tapi segalanya drastik. Dia tak terkata. Solat istikharah pun telah dia laksanakan. Tapi tanda masih belum muncul jua. Teringat peristiwa seminggu lepas.

"Yan, tolong fahami papa dan mama. Kami buat semua sebab kami sayang kat Yan. Yan satu-satunya anak kami yang ada," Mama seakan merayu. Izyan terkedu. Dia masih bingung dengan perkhabaran jodohnya itu.

"Betul Yan. Takkan papa tak suka tengok Yan duduk menangis terlalu lama. Dia telah pergi." Papa cuba meyakinkan. Namun, Izyan masih membeku.

"Yan, please. Mama bukan suruh kahwin sekarang pun. Mama nak Yan kenal hati budi dia dulu. Kalau Yan suka, mama dengan papa lagi suka," Mama memegang erat lengannya. Izyan mengangguk lalu naik ke atas.

xxxxx
"Dah tu kau nak buat macam mana Nurizyan oi?" Kuat suara Syamila di corong telefon.

"Aku bingung. Apa aku perlu buat Mila?" Esak kecil kedengaran.

"Yan, jangan kata kau nangis. Adoi minah ni," Syamila gelabah. Dia tahu kawannya sememangnya hati mudah tersentuh. Lama dah kawannya tak menitiskan air mata sejak setahun yang lalu. Kehilangan Adzam benar-benar membuatkan kawannya berubah 70% dari sikap sebelumnya.

"Yan, listen to me. Mak ayah kau buat semua ni untuk kau okey. Bukan untuk diorang. Why not you give a try. Mana tahu kot-kot..." 

"Kot-kot apa Mila? Kau nak aku derita lagi ke? Kau kata kau best friend aku?" Tangisan makin kuat. Syamila terkedu. Dia tahu berita pencarian jodoh inipun melalui mak ayah Izyan sendiri. Mereka merayu untuk memujuk hati Izyan. 

"Yan! Sampai bila kau nak meratapi arwah? Dia dah cukup terseksa kat alam lain. Kau tahu tak?" Tengkingan Syamila mengejutkan orang di restoran itu. Sebagai pemilik restoran dia tahu dia tak patut menjerit. Tindakannya luar sedar.

"Mila, sampai hati kau..." Talian terputus.

"Hello, hello Yan. Yan?" Syamila terduduk.
xxxxx

"Assalamualaikum," Suara garau memeranjatkan hati kecilnya. 'Siapa pulak ni?' Izyan merenung pelik. Dia segera membetulkan skirt labuhnya yang tersingkap sedikit. Lelaki itu sengih.

"Ya waalaikumsalam ustaz. Ada masalah?" Izyan memberanikan muka memandang lelaki itu.

"Ustaz?" Ketawa besar. Izyan mencebik dan ingin bangun dari batu yang dia duduki sedari tadi.

"Kenapa? Saya tak buat lawak pun," Izyan malas layan. Segera dia mengangkat seliparnya dan membuka langkah.

"Nanti dulu Izyan," Ustaz tadi menahan hanya dengan suara. Izyan terpaku. Siapa lelaki pelik ni? Izyan melajukan langkahnya.

"Izyan, saya Syakir. Rasanya kita perlu berbincang,"
Segera Izyan berpaling. 'Macam pernah dengar nama ni' Desis hatinya.

"Syakir anak Pak Cik Yusof," Syakir bertutur sopan. Songkok di kepala di betulkan duduknya.

"Syakir? Never mind Ustaz Syakir. Saya tak suka nak berborak dengan stranger. So goodbye. Assalamualaikum,"

Syakir termangu seorang diri di pesisiran pantai. Senyuman tak putus. Hatinya kian tertawan.
xxxxx
"Yan, bila nak balik? Tak elok bawa diri lama-lama sayang," Izyan tersentuh mendengar suara mama. Bukan dia sengaja. Tapi kenangan tak kan bisa melepaskan dia untuk mengecap kenangan baru.

"Yang dengar tak mama cakap. Nak mama pergi jemput?" Masih berlembut.

"Eh ma, tak payah susahkan diri mama tu. Mama bukan sihat sangat nak jalan jauh. Yan okey kat sini," Izyan risau.

"Habis Yan ingat mama okey ke tak ada Yan? Mama minta maaf sayang. Balik nak. Mama tak ada anak lain selain kamu," Esakan mama mulai kedengaran. Izyan mengetap bibir.

"Mama janganlah macam ni. Yan perlukan masa. Tu je," Tangisan Mama makin kuat. Izyan senyap.

"Mama tak nak dengar apa-apa. Esok, kalau Yan tak balik jugak. Mama yang akan jemput," Talian dimatikan. Izyan menangis kuat.
xxxxx
"Saya dah ada tunang. Ustaz boleh cari orang lain untuk menjadi suri ustaz," Izyan berterus terang. Selama tiga hidupnya terganggu. Setiap kali dia mengambil angin di luar akan terlihat kelibat pak Ustaz itu.

"Baiklah, saya takkan ganggu hak orang," Senyuman diukir.

Dan senyuman itu buat hatinya cair setelah lama hatinya sepi tanpa kasih seorang lelaki yang istimewa. Tunangnya, Adzam pergi menghadap Ilahi setelah menemui ajal semasa menyelamatkan seorang kanak-kanak dalam satu kebakaran. Tugas bomba sangat mencabar. Setahun berlalu. Kini hatinya diketuk lagi. Namun, terlambat kerana dia bertekad menerima pinangan lelaki yang tak dikenali. Itupun melalui telefon semalam.

"Cik Izyan," Ustaz itu memanggil. Izyan rasakan debaran itu.

"Izyan, izinkan saya jadi rakan awak. Saya tahu tak patut ganggu tunangan orang. Tapi tak salahkan kita berkawan?" Ustaz mengharap.

"Ustaz, saya tak layak nak jadi kawan ustaz. Aurat pun tak sempurna penjagaannya," Izyan melangkah menyelusuri pasir pantai.

"Tapi, saya pun belum cukup sempurna untuk menjatuhkan hukum iaitu tak boleh kawan dengan orang macam saudari," Ustaz petah berkata. Izyan tersenyum senang. Mereka bertukar kad. Mereka memilih haluan sendiri.

Yang pasti, esok dia akan menjadi tunangan orang. Mamanya telah siapkan segalanya. Izyan pasrah.
xxxxxx
"Mama, kenapa ramai ni?" Izyan sudah berpakaian lengkap. Bajunya putih bersih dihiasi manik. Indah lagi menawan.

"Mama, mama buat ni semua untuk Yan," Mama terus berlalu. Izyan makin bingung.

"Yan, cantiknya. Tak rugi aku datang. Sejak kau tak ada rumah ni macam kenduri. Setiap hari ada orang datang tolong apa yang patut. Aku pun kena datang jugak. Mak kau beriya suruh aku menolong," Senyum Syamila.

"Mila? Takkanlah mama buat semua ni. Banyak preparation. Buat apa beriya sangat. Tunang je pun," Izyan merungut.

"Yan, alamak aku lupalah. Mak kau panggil suruh susun bunga telur. Kejap lagi pihak lelaki nak datang. Macam mana aku boleh lupa ni," Laju Syamila melangkah.

Izyan pelik. Dia sampai lewat malam tadi tak nampak bunga telur dan sebagainya. 'Mama memang beriya sangat' Senyum Izyan. Dia berharap agar tindakan dia mampu membuatkan mama dan papa tersenyum gembira.

xxxxx
"Yan, satung cincin kejap lagi," Minah kepoh dah bagi hint. Izyan tersenyum. Mak mertuanya menyarungkan cincin. Tapi belah kiri. Izyan pelik tapi dibiarkan saja.

"Saya nak minta tandatangan dari pihak perempuan," Imam menghulurkan sekeping kertas. Izyan terus menurunkan tandatangannya. Mama masuk ke bilik dan tersenyum.

"Yan, mama buat untuk Yan. Mama sayang Yan sangat-sangat," Mama memeluk Izyan kuat. Izyan pelik. Air mata jatuh ke pipi. Laju dia menyapunya. Dia reda.

"Aku nikahkan dikau dengan Nurizyan Haji Ghaffar dengan mas kahwinnya RM 80 tunai," Suara lelaki tua kedengaran. Izyan terpinga-pinga. Mukanya jelas meminta penjelasan dari Mama dan Syamila. Mama hanya mengesat air mata kegembiraan.

"Mama apa semua ni? Yan dah nikah?"

"Mama keluar dulu. Jom Mila,"

"Mila kau jangan keluar dulu. Ma..." Wajahnya mendung. Terasa bodoh ketika ini.

"Izyan, kenapa sayang?" Suara itu. Menggetarkan sanubarinya. Lantas dia mengangkat wajah.

"Awak? Tapi kenapa?" Izyan pelik.

"Syyhhh bagi peluang kat abang sarung cincin dulu," Semua dah berbisik-bisik menantikan saat bahagia. Kamera di mana-mana. Cahaya sungguh banyak ketika itu. Terasa diawangan. Dikucup tangan suaminya. Dia reda.

"Abang minta maaf," Kata-kata itu yang tersemat di hati hingga kini. Rupanya dia adalah orang paling bahagia. Bukan semua pilihan keluarga tak betul. Kalau dah namanya jodoh.
xxxxx
"Ustaz, awak keluar tak hari ni?" Izyan bertanya.

"Ehem takkan dah kahwin pun nak panggil abang ustaz?" Keduanya tergelak. Bahagia milik mereka. Rindu itu telah pergi bersama kenangan lalu.

'Adzam terima kasih kerana beri peluang untuk aku merasai kehangatan cinta dari Syakir. Teman rapatmu dulu.' Desis hati Izyan sambil menatap wajah kesayangannya, Syakir.

5 comments:

Chegu Zubir said...

jom sertai
Segmen Saya Blogger Sporting

Chegu Zubir said...

jom sertai
Segmen Saya Blogger Sporting

aliarosli said...

NAKKKKKKKK KAWENNNNNN

NAK GAK KAWEN, NAK KAWEN

huuhuhuhu

ijA said...

bestnye..

Anonymous said...

klu smbung lg mst lg best.. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers