CORETAN TERBARU NADH

Happy Belated Birthday BPBC

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku asyik update sampai aku lupa hari lahirnya. Sorry! Dah setahun umurnya. Diam tak diam. Kalau baby mesti dah boleh berjalan tanpa orang pimpin. So sweet. Selamat hari lahir. Kedatangan kau memang memberi seribu satu erti untuk aku. Sayang kau lebih. Tanpa kau takkan aku ada di sini.

Tanpa kau takkan ada Iffah si penulis blog. Tanpa kau tiada kawan-kawan blogger. Takkan ada cerita kreatif. Takkan ada pengalaman pahit manis alam maya. Terima kasih sangat sebab kau hadir dalam hidup aku. Aku hargai kau. Tanpa kau tiada aku yang suka menaip laju. Tanpa kau...Terimalah sajak untuk kau.

Hari ini hari kau
sungguh aku lupa
maafkan aku sayang
aku abaikan kau 

bukan aku pinta
kau sinar bahagiaku
takkan aku siakanmu
tolonglah setia 

janjimu padaku
akan kupegang
hingga akhir nanti
usah kau pergi

hari ini kau ada
kerna itu aku ada
tanpa kau tiada aku
sejuta penghargaan
buatmu BPBC

SELAMAT HARI LAHIR! 28 MEI 2010-30 MEI 2011
Masih kecil dan kau dah besar sedikit. Jangan lupa diri okey sayang=)

4 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Tahniah Miss Ran. Tahniah BPBC. Selamat Hari Lahir yang pertama. :)
Moga terus menjadi kesayangan Miss Ran n terus bawa sinar kegembiraan buat Mama iaitu Miss Ran. :D Nadh tmpg happy.. :)

aDisH.sHidA said...

selamat hari lahir BPBC...semoga sukses selalu

Sunah Mohammad said...

tahniah iffah... salam hari lahir BPBC~ moga lebih bersemangat lepas ni~ :)

ShashaCatering said...

Tahniah dan selamat hari lahir.
Semogo suksess di masa hadapan ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers