CORETAN TERBARU NADH

Keadaan mencemaskan tapi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Macam mana ni?" Tipah risau.
"Macam mana apanya?" Melah tanya. Pelik.
"Yalah, dah lewat. Warden mesti marah ni," 
"Ala kau buat biasa jelah. Sekolah akak dulu pun macam ni jugak. Ketat peraturannya," Melah yakinkan Tipah.
"Okeylah kak. Tipah masuk dulu," Melah lambai-lambai.
xxxxx
"Kenapa lewat ni?" Pakcik Jaga tanya garang. Tipah control emosi.
"Pakcik, saya keluar dengan kakak. Tu lewat sikit balik,"
"Pakcik tak marah. Kau nak buat apapun telefon warden. Kang pakcik jugak yang kena marah tahu!"
Selama 15 minit Tipah menanti warden. Cikgu yang tak disukai sejak dulu lagi. Tipah menahan sabar. Dia memang tahu dia salah. Selama itu jugalah Pakcik Jaga membebel.
xxxxx
"Lambat? Apa nama?"
"Tipah tertipu cikgu,"
"Tipah mana buku keluar masuk awak?" Tipah lupa. Petang tadi dia dapat panggilan misteri. Ada orang tersalah ambil buku Tipah. "Alamak!"
"Kenapa? Tak ada buku?" Warden berang.
"Bukan, bukan," Tipah menjelaskan kepada cikgu tersebut yang bukunya diambil oleh orang yang tak dikenali. Tipah takut.
"Habis awak percayalah buku tu ada pada dia?" Angguk laju.
"Macam mana dia boleh beritahu awak?" Tipah garu kepala. 'Eh aku tak kenal budak tu, mana dia tahu nombor telefon aku?' Tipah hairan.
"Awak menipu saya ye?" Cikgu tengking kuat. Tipah berpeluh.
"Buktikan yang buku awak ada. Telefon dia sekarang,"
5 minit kemudian. "Dia tak angkat cikgu,"
"Takkan dia tak angkat?" Cikgu bengang.
"Apa bukti awak letak? Ada saksi?"
"Ada kawan saya. Dia keluar sama tadi,"
"Telefon dia," Tipah mendail. Panggilan ketiga barulah kawannya angkat. Cikgu terus merampas telefon. 
"Awak ada keluar dengan Tipah?
"Awak tahu dia ada letak buku keluar masuk?"
"Awak tak tipu?" Talian dimatikan.
"Tipah!"
"Ya cikgu,"
"Isnin nanti saya nak jumpa awak dengan buku awak." 
"Baik cikgu."
"Saya nak tahu nama budak yang terambil buku awak tu sekali,"
"Baik cikgu,"
Dalam hati Tipah ingin rasa dia maki budak yang terambil bukunya. Tapi dia tak jadi. Kepala sakit. Pandangan kabur. Tinggalkan pesanan kepada budak tadi dan Tipah pengsan. Mungkin terlalu takut.

Kesimpulan, ikut peraturan yang ditetapkan. Kita walaupun tua mana pun. Kita kena hormat insan bergelar guru. Walau macam mana dia layan kita sekalipun. Lagi satu jangan ambil mudah sesuatu perkara. Kalau Tipah suruh budak tu pulangkan ke pondok Jaga pasti Tipah tak pengsan seperti tadi. Renungkan kawan-kawan.

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers