CORETAN TERBARU NADH

Makan mewah. Perlu?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku selalu teringin nak makan kat luar. Pantang orang ajak laju je kaki melangkah. Tapi yang aku hairan bukan sedap pun. Dulu teringin nak makan Secret Recipe. Konon orang kaya makan kek sambil hirup air yang nyaman. Sekali terkulat-kulat nak habiskan sepotong kek dengan air yang sangat masam. Bukan aku kata SR tak sedap tapi niat tu salah.

Lepas tu aku teringin nak makan tempat mewah ala-ala berada gitu. Tak mainlah gerai or fast food. So kami makan kat restoran ayam penyet. Nampak mewahlah jugak. Air pun 4 hengget segelas. Nasi dengan lauk kira asing. Hah teringin sangatlah. Pengsan nak muntah sebab kenyang sangat.

Lepas tu aku nak makan lamb chop.  Sangat suka makan lamb chop. Lagi-lagi orang belanja. Sangat jeles sebab masa diorang makan aku tak ada. Jadi aku terliur tengok kedai, cara hidang dan yang penting air dia. Meleleh aku cakap! Aku dengan bangganya memilih kedai tu. Padahal selalu makan kat Restoran De One dekat bangi tu. Ni kitorang ke kedai kat Seksyen 7 Bangi. Memang banyak pilihan kat sana. Mantaplah.

Tapi kedai yang aku pergi ni agak mewahlah. Harga mahal sikit dari biasa. Jadi order air pelik itu kemestian. Tutti Fruity namanya. Aku pun bedal lamb chopnya. Nampaknya sedap lagi kat tempat murah dan ala-ala kampung tu. Warghhh tertekan. Airnya? Tak tahu nak kata. Rasa apa entah. Tekak melayu kan=P.

Jadi aku nak tanya korang perluke makan mewah ni? Ke makan tempat mewah tapi makan sikit? Ke makan mewah yang membawa maksud macam jenis? Bagi aku asal tempat tu sedap dan berkumpul satu famili tu yang mewah=) Lagi-lagi orang bayar. Lagi MEWAH!

4 comments:

kAmi dAn mEreKa said...

suka kat tempat murah dan sedap,
sebab t boleh makan ramai2,
nak tambah pon boleh,
hehe ;)

Halimatun Sa'adiah said...

x kesa mewah ke x janj perot sedap...

mysara said...

klu sesekali xpe la..
jgn sllu..ranap!! haha

ishiko said...

erkk.. sy bukan kire mewah ke tak, tp kire sedap.... kalo murah pun da sedap ha....ap ag~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers