CORETAN TERBARU NADH

Buktikan cintamu sayang!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry ni tercipta lepas baca entry budak comel baru buat FB.

Perlukah kita membuktikan cinta pada pasangan kita? Keluarga kita? Rakan-rakan kita? Perlukah? Selalu para pasangan akan bertanya hal ini kepada partner masing-masing. Tapi adakah perlu bukti itu? Lagi-lagi bukti yang melibatkan maruah.

"Kalau sayang sayangkan abang, dan abang satu-satunya dalam hati sayang. Buktikan." Si Pulan berbisik.

"Abang, sudah tentulah abang the only one. Hati ayang hanya untuk abang. Cakaplah abang. Macam mana lagi ayang nak buktikan yang ayang ni betul-betul sayangkan abang," Si Pulana.

"Betulkah ayang sanggup buat apa saja untuk abang?" Mata Si Pulan bersinar.

"Betul abang. Gunung daik sanggup ayang daki hanya untuk abang seorang," Tersipu Si Pulana dengan renungan menggoda sang kekasih hati.

"Kalau begitu, izinkan abang memanjat gunung bersama. Tapi bukan gunung daik..." Si Pulan terhenti. Matanya tertancap pada dada yang tertutup dengan tudung litup.

"Oh abang," Tepuk dada sang jejaka.

"Bolehkah sayang? Boleh buktikan cinta sayang itu pada abang?" Si Pulan menggesa. Tak sabar meneroka susuk tubuh yang terselindung selama ini.

"Nanti mak ayah marah..." Si Pulana takut.

"Jangan takut. Abang hanya sayang ayang sorang. Kita kan dah nak bertunang," Si Pulan meramas tangan Si Pulana.

Jelingan si Pulana meyakinkan si Pulan bahawa wanita itu miliknya. Akhirnya mereka bersatu di hotel murah. Syaitan bergembira menyaksikan satu lagi pasangan rebah dalam menurut nafsu.

Korang nak ke kisah korang berakhir macam ni? Hanya kerana buktikan cinta? Jangan jadi bodohlah. Allah nampak semua perbuatan korang tu. Tak malu? Tak jijik pada diri sendiri? Mula-mula digoda. Lama-lama menggoda. Akhirnya tak dapat kawal nafsu. Mencari pemuas nafsu.

Jangan tanya kenapa anak bersepah di jalanan. Jangan tanya anak mati di tali air. Jangan tanya anak di rumah kebajikan. Jangan tanya kenapa anda ada penyakit. Jangan tanya apa-apa. Tolong! Jangan kata kau terlanjur. Padahal kau memang nak buat benda terkutuk. Kalau sekali mungkin ya terlanjur. Kalau berkali-kali sampai termengandung?

Fikirlah bukti cinta korang tu takkan ke mana. Anak konon. Nak jaga? Bila lahir bukan kau buang ke? Bila orang tahu kau malu. Tapi dengan Allah? Macam mana? Tak malu?

3 comments:

aliarosli said...

ek? tue bukan bukti cinta tue, tue bukti syaitan

bila digoda, senang mengalah, maruah hilang

semoga dilindungi ALLAH


psst : akak pernah baca pasal laki main ayat? yang tue memang betul terkena kat kita. sentap baca. asam betul.

deeya said...

sedih dengan sikap sesetengah manusia macam nie .. da terlalu ramai . ta tau nak cakap ape lagi .. semoga ALLAH berikan mereka hidayah .

mane letak kebijaksanaan diowang ?? cinta pada kekasih , kau nak tunjuk .. cinta pada ALLAH ?? ini ker yang dibuktikan ? moga kita dijauhi dari perkara sebigini =)

mas saari said...

macam tulah sikap remaja zaman skrg, mudah terpedaya!

sebenarnya banyak lagi cara lain nak buktikan kasih sayang, bukan dgn cara salah sebegini...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers