CORETAN TERBARU NADH

BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Santai Bersama BEN ASHAARI
Klik header hensem untuk join
Okey, join lagi. Masih tak berputus harap dengan segmen bro ni. Tak tahu ubat apa dia telah guna. Haha serius. Aku nak kongsi entri terbaik setakat ni. Bukan makna yang lain tak baik. Cuma aku nampak entri ni menonjol dan inilah minat aku sebenarnya.

Entrinya ialah CINTA ALAM MAYA yang sangat mendapat sambutan dari bloggers. Ini bukan sebab segmen ke apa. Sebab hasil karya aku sendiri. Kalau tengok kat sudut Mekar Mewangi tu terselit entri ni sebagai entri popular. Cerita ni mengisahkan percintaan dalam dunia maya. Seperti aku jua. Cuma watak dalam cerita ni bukan aku.

Idea ni tetiba je datang. Sebenarnya aku dikritik gara-gara bertemu cinta dalam alam maya. Aku terfikir salahkah kami terjumpa di alam maya. Kenapa nak samakan takdir setiap manusia. Kau dengan takdir dan jodoh kau. Aku jua begitu. Aku rasa nak maki time tu. Tapi takdir Allah membuatkan aku bercambah idea. Maka terhasillah cerpen ini.

Banggalah sebab orang baca hasil karya aku. Minat aku lebih kepada penulisan. Tadi ada dengar FINAS cari penulis skrip cerita pendek seperti filem. Macam berminat. Nak tanya Mak Daralah format buat skrip. Aku suka bidang penulisan cuma masih terkapai-kapai tanpa hala. 

Banyak lagi aku kena belajar dalam dunia penulisan ni. Tujuan blog ni ditubuhkan pun sebab penulisan kreatif nilah. Cuma kita hanya merancang. Aku harap sangat bakat akan bercambah. Idea akan mekar mewangi. Seterusnya ada platform untuk aku menyelit di dunia penulisan ni. Aku masih tercari-cari identiti sendiri=)

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers