CORETAN TERBARU NADH

Orang dalam percintaan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak malu aku kata aku cinta padamu=P
Suka sangat tengok orang yang dilamun cinta. Sweet je. Tak payah berpacaran. Tak payah kata-kata manis. Hanya hati dan jiwa mengiyakan rasa yang sama. Cinta sememangnya indah. Serius jeles tengok orang dilamun cinta.

Makin lena tidur sebab teringat yang tersayang. Risau kalau tak cukup tidur. Sakit siapa susah? Mandi selalu. Kalau yang malas mandi makin rajin mandi sebab ingat yang tersayang tak suka orang malas mandi. Pengotor katanya. Makin selera makan. Uih yang tersayang risau kalau tak cukup makan. Nanti ada yang mula membebel. Makan tu jaga. Kang jatuh sakit siapa susah?

Sweet kan? Siapa kata bercinta tu couple? Tak couple pun boleh bercinta. Banyak pengaruh tvlah ni. Asal bercinta je couple. Asal bercinta je kena pegang-pegang tangan. Asal bercinta je buat anak? Erk tak. Lari. Aku bukan nak menggalakkan orang bercinta.

Biarlah berlandaskan Islam. Ye tak? Kata agama kita. Cara hidup kenalah seiring. Ni tak nama je Islam. Bila buat maksiat tolak tepi. Bila time halal haram. Time orang hina agama kita laju je tegakkan. What? Salah ke aku cakap? Realitilah beb.

Cinta itu indah. Jadi indah lagi jika berlandaskan Islam. Kita ada Al-Quran. Kita ada himpunan hadis. Rajin-rajin baca. Sambil tu bercintalah=P

5 comments:

Dayana AZ said...

wahhh :D penyampaian msj yg baik !

dayana pn xpaham npe klu org bercinta je couple, npe klu couple je pgg tgn, tarik2 tangan. rimas plak tgk. hmm.. mintak dijauhkan.
tp asenye mmg pgruh tv la haha.

with love,
Dayana AZ
www.herstoriie.com

Sunah Mohammad said...

MO pernah buat entri tentang couple.. couple cara Islam ialah, bercinta dengan niat untuk perkahwinan...maka, cepat2lah setel...

aiman said...

tula.. nak cr jodoh pon susah jugakkan..

ariff al-baqi said...

cinta memang best.. :)

Nur Azwa Edora said...

nice entry la sis :)
hope you post more great entry in future. yeahhh cinta tu memang indah , tapi boleh buat kita tersasar if kita tak pndai mengatur jalan nyaa :))

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers