ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dah jadi pemandu pelancong pulak. Bukan tahu sangat jalan Melaka ni. Mydin MITC pun tak pernah jejak. Sadis kan? Mydin ni dekat ayer keroh. Tak jauh kalau naik kereta dari tempat aku tu.
Ada apa? Macam-macam ada. Ada gerai tudung yang pelbagai jenis. Ada foodcourt kat luar. Macam Mall biasa cuma ada Mydin. Tu je. Hehe
Besar jugaklah. Ada macam-macam boleh di beli. Kitorang tak pergi lama pun. Pergi beli towel je. Sebab pasangan bahagia tak bawak towel. Diorangkan pelancong. Kat hotel ada towel dah sedia. Jadi agak menyibuk kalau bawak towel.
Mydin ni best. Boleh pergi mencuci mata akan datang. Besar sikit. Tak adalah hari-hari Mydin Bazaar je kan. Hehe destinasi seterusnya ialah? Tunggu next entry. Kenapa kena bawak towel kan?
2 comments:
beli belah kat mydin lagi best dari beli belah kat tesco tu,.
hamboiii jalan-jalan sakannnnn~
Post a Comment