CORETAN TERBARU NADH

Pada aku, ibu ialah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semua sibuk buat entry sempena hari ibu. Kenapa aku lambat buat? Sebab selalu dah tulis pasal ibu. Kang bosan pulak baca. Tak lah. Siapa tak sayang maknya kan? Aku sayang ibu aku. Semalam kesian pulak dia kena masak malam. Mujur aku turun. Boleh tolong kan ibu?

Kenapa ada rumors cakap tak boleh sambut hari ibu? Hari ibu bagi aku tiap-tiap hari. Ibu pada aku anugerah tak terhingga. Kalau ibu aku jenis tak bertanggungjawab, lama dah aku mati takpun membesar di tepi jalan je.

Ibu walaupun dah besar baru bebas sikit, tapi tak lupa jasa-jasa ibu. Walaupun dulu share bilik bertiga. Tak apa. Janji ada bilik. Walaupun kitorang yang belum kahwin terpaksa membiarkan kakak-kakak guna bilik kami sebagai bilik pengantin. Memang kisah pada mulanya tapi tak apa. Janji bilik lain ada.

Walaupun baju kitorang ada cop sekolah, cop institut. Tak apa. Asal kitorang ada baju. Baju sekarang dah banyak sangat. Asal ibu keluar negara ibu tak lupa belikan baju. Banyak dah baju dari india, indonesia, china.Semua ibu belikan. Terima kasih ibu. Ramai puji baju cantik. Dulu tak cantik tak apa. Tak ada yang ejek pun bu.

Selalu ibu tinggalkan rumah lama. Kadang seminggu. Tapi tak apa bu. Sekarang kami makin pandai masak. Ayahpun makan je. Selamat ibu busy. Boleh kami berdikari bila kahwin nanti. Ibu semua benda yang jadi ada hikmahnya. Bersyukur sangat ada ibu.

Ps: Tahu ibu akan baca entry ni. Ibu selamat hari ibu. Bagi kami setiap hari adalah hari ibu=)


3 comments:

aliarosli said...

yep, hari ibu hari-hari

tadi mama merajuk tak wish pun hari ibu

kite cakap, hari-hari hari ibu

mama cakap, kalau macam tue meh tolong, asyik sume mama buat

ek? huuhhuuhu

fRaMe+LenSeS said...

bertuah ibu ada anak macam ni.. tahniah.. :D

:: cikNuurul :: said...

wahh,ibu Miss Ran selalu outing oversea,.hehe.bestnyer,.slmt hri ibu tuk ibu Miss Ran,.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers