CORETAN TERBARU NADH

Sayembara cerpen sajak mencari pemenangnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau korang mengikuti blog aku, korang akan tahu yang aku pernah join sayembara menulis cerpen dan sajak anjuran Kerajaan Melaka khusus untuk orang Melaka dan bermaustautin di sini lebih dari 3 tahun. Aku masuk dengan member aku yang suka buat cerpen.

Sekarang surat jemputan dah mai. Suruh datang ke Majlis Penyampaian Hadiah. Tak bagitau menang ke tak. Cumanya surat tu tulis yang datang je dapat sijil penyertaan. Sijil penting kot. Nampak sikit aku aktif sepanjang duduk Melaka ni.

Masalahnya, kena pergi lepas exam khamis minggu depan. Exam pagi. Majlis petang. Time tu dah kemas beg dah. Sebab nak bercuti. Yahoo. Oh ya lain pulak mengarutnya. Aku nak pergi ke tak eh? Lama tu. Siap ucapan Ketua Menteri Melaka lagi. Dah tu kalau tak menang. Kecewa je kan? 

Member aku ajak makan kat Seoul Garden sempena habis exam Khamis tu jugak. Aiyo aku dah rasa serba salah dah ni. Nak pergi ke tak korang? Bagi pendapat? Aku kena jawab sebelum 24/5 ni. Nak ke tak nak sijil tu?

Ps: Aku hantar 3 sajak 3 cerpen. Gila tamak=P

1 comment:

Sunah Sakura said...

pergi la..mana tau dapat jumpa penulis2 sajak dan cerpen yang lain.. hehehehe...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers