ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak update pakai samsung galaxy ace kawan akunya tak dapat. Baru konon nak jadi blogger tegar. Kena beli satulah. Berminat pulak pasal gajet. Member aku kata jangan beli ipad. Itu online memanjang je. Assignment tak dapat buat jugak.
Aku kembali sedar diri. Haha bukan itu ceritanya. Tadi aku telah menggemukkan diri dengan Mash. Terima kasih. Having fun. Gemuk sangat. Tu keluar awal tu. Sebenarnya tempat tu makan masak sendiri. Tapi konsep bayar sekali masuk.
Jadi kami sayang duit yang dilabur dengan banyak. Ambil dua pinggan daging dan ayam pelbagai rasa. Sepinggan coleslaw yang sedap, sepinggan udang untuk sup tomyam yang lazat. Mihun, mee. Aiskrim pelbagai jenis. Air juga pelbagai jenis. Banyak kan?
Kenyang sangat bila makan kat situ. Puas hati. Ala-ala korea style. Aku ada try kimchi. Kalau tengok cerita korea selalu buat kimchi iaitu sayur jeruk. Rasa tak adalah pelik sangat. Boleh ditelan. Rasa sayur bersambal je.
Lagi satu daging-daging yang ada juga dihiris. Jadi korang ambil mentah-mentah. Masak sendiri kat dapur memasing. Memang sedap. Sama macam kat korea rasanya. Puas hati sebab harga student. Weekdays murah sikit tambah student card dan tukar sup biasa kepada tomyam total RM23+ sorang.
Murahlah tu. Kalau weekend sampai harga RM40 mungkin. Jadi kami menghabiskan masa dari 12.30 sampai 2.15 dalam tu. Lepas tu perut sakit. Tulah siapa suruh makan tak ingat. Perut tak berapa sihat lagi. Selamat drive tadi tak sakit.
Jammed gila Melaka nak keluar ke highway. Biasa setengah jam ni sejam. Campur lampu trafik yang lama lagi. Sabarlah wahai hati. Alhmdullilah umur panjang. Banyak kali terlelap. Tak larat. Sebab makan banyak kot.
2 comments:
samsung galaxy ace sempoi ka? hehe.. tgh cari gadget baru. hehe.. :D
wahh mesti kenyang sehabisan kan
Post a Comment