ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini keywords untuk hari ni |
Malam menjelang. Iffah segera kerling jam tangannya. Sudah lewat malam. Tapi matanya masih belum menunjukkan riak ingin lelap. Segera dipasang radio suka.fm secara online. Kini segalanya dihujung jari. Gigit jarilah peniaga yang menjual radio-radio di luar sana.
Lagu Nurul berkumandang kuat. Tajuknya tidak tahu. Tapi liriknya seperti ini itulah air mata yang jatuh ke pipiku .Iffah jatuh cinta dengan bait lirik lagu ini. Segera dia membuka link blogger.com. Niatnya ingin menyertai yang dianjurkan oleh Ben Ashaari yang sememangnya popular dalam kalangan blogger.
Juruhebah segera membingitkan malamnya. Malam ini sibuk dengan cerita Mentor sebuah program realiti TV. Salma juara mentor musim kali ini. Sememangnya Iffah telah mengagak. Bakat yang dikurniakan oleh Allah sememangnya hebat. Juruhebah memuji tentang kehebatan vokal Salma. Ya Iffah sangat setuju dengan penyataan ini iaitu .
Tapi sayang sekali. Tiada seorang pun bercerita tentang. Yang mereka sibuk bercerita hanyalah dunia hiburan semata. Iffah hanya menggeleng. Dia terus menutup siaran radio semakin memeningkan kepalanya.
Iffah segera membuka link seorang ustazah gebu. Dia tertarik dengan pengisian cerita tentang si. Tapi malangnya zaman sekarang. Ramai sindiket mengambil kesempatan terhadap golongan kelainan upaya ini. Iffah segera mendapat idea untuk menulis entri baru tentang cinta si buta.
Sekian. Diingatkan bahawa ini adalah entry suka-suka. Tiada niat nak sindir sesiapa. Siapa makan cili padi dia yang berasap. Oh ya ustazah gebu tu main-main je. Kang ada yang marah pulak=) Sunah ada segmen ke ni? Gasak!
2 comments:
hahahahhahahahahhahahahhahahhaha! rajin betulllllllll! i update link ni ke entry tadi!
um hehe nmpak jugak la owg zaman skg nie xamik kisah sgt kn..salam perkenalan dr kyra..dtg jguk dr blog cik sunah sakura hehe
Post a Comment