CORETAN TERBARU NADH

Cintakah ini? 5

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini cerpen bersiri. Boleh klik di widget kanan tajuk Cintakah Ini. Harap berpuas hati=)
"Arghhhhhhh!" Jeritan Amy memenuhi ruang. Ikmal disebelah terpinga-pinga. Buku yang dipegangnya terlepas jatuh ke bawah katil.

"Apa ni Amy?" Diurut dada sendiri. Mahu tak terkejut. Tiba-tiba isterinya menjerit. Mujur sudah pagi.

"Awak kenapa ada sini? Kenapa tidur kat katil saya?" Bertalu soalan terpacul dari mulut si manis. Ikmal terpana.  Belum sempat dia menjawab isternya menolaknya. GEDEBUK.

"Adoi sakitlah!" Ikmal pantas bangun. Sengal punggungnya.

"Tahu pun sakit. Sekarang awak keluar dari sini. Keluar!!!" Ikmal memandang pelik dan berlalu keluar. 'Semalam dia yang beriya paksa aku teman tidur. Perempuan memang pelik' Hati terdetik. 

xxxxx

"Bengong betul laki aku tu. Masa couple dulu tak adalah pulak gatal-gatal macam ni. Lelaki bila kahwin lagi gatal agaknya," Mengomel Amy sendirian. Kali ini dia mogok. Semalam suaminya pulang lewat. Buat hati isteri risau.

"Padan muka. Dahlah balik lewat. Nak menggatal pulak," Amy berbicara sendirian lagi. Tiba-tiba bunyi kereta menderum di luar rumah. Dijenguk dari luar tingkap bilik. Amy tergamam.

xxxxx

"Assalamualaikum," Suara di bawah kedengaran. Amy terus bergegas ke bilik suaminya.

"Awak, awak!" Amy ketuk pintu sekuat hati.

"Masuklah tak kunci," Ikmal menyahut.

"Arghhhhh!" Amy terjerit pabila memandang suaminya yang separa telanjang.

"Sorry. Abang nak sapu ubat ni. Sakit," Selamba Ikmal menjawab.

"Sakit apa pulak? Pagi tadi sihat je," Amy omel sendiri.

"Apa sayang cakap?"

"Tak ada apalah. Ni mak ayah datang. Cepatlah turun. Jangan lupa kunci bilik ni. Kang diorang tahu pulak pasal kita," Amy terus berlalu. Ikmal tersenyum pahit. 

'Beginikah kesudahan cinta kita sayang?' Terdetik hatinya persoalan sebegitu. Ikmal bangun dari pembaringan perlahan. Baju dicapai dan langkah di susun. Lakonan bermula.

xxxxx

Mimpi itu berulang lagi. Dan Amy nekad dengan keputusannya. Takut sekali kehilangan insan tersayang. Ego bisa menghilangkan rasa cinta manusia. Segera dia berlari ke arah suaminya.

"Abang, maafkan Amy tau. Selama ni Amy menidakkan hak abang sebagai suami. Amy malu dengan diri sendiri," Sedu sedan Amy begitu meruntun jiwa lelaki Ikmal. Perlahan didakap isteri tercinta. Takkan ada dua cintanya. Sudah lama terpatri cinta kepada manusia istimewa yang bergelar isteri.

"Abang lama tunggu saat ni. Terima kasih sayang, terima kasih," Mereka bersatu. Dalam dakapan sendu menjadi bukti cinta kembali bertaut. 

"Abang, sorry. Amy tak biasa dengan keadaan ni. Mengejut sangat. Amy takut,"

"Jangan risau. Amy ada abang. Kita kahwin pun sebab jodoh kan?" Ikmal mengucup lembut dahi isterinya.


"Adif, sini kat mama cepat," Amy tersenyum melihat keletah anaknya. Sudah setahun dua bulan Adif membesar di depan matanya.

"Aaa..am..a," Adif bising seperti selalu.

"Adik, rasa-rasa kan anak kita sepadan tak kalau dijodohkan?" Amy ketawa besar. Abangnya Lokman sungguh merepek.

"Apasal abang ni? Tiba-tiba cakap pasal kahwin. Anak Amy baru setahun. Anak abang dalam perut lagi. Sibuk cerita kahwin," Lokman ketawa.

"Apa salahnya? Anak abang dah confirm perempuan. Adif lelaki. Cantik sangat dah tu," Lokman mendukung Adif yang montel.

"Jangan beranganlah abang. Adik tak naklah anak adik kena paksa kahwin. Kang lain jadi. Biarlah diorang cari sendiri," 

"Abang guraulah. Amy ni asyik serius je. Kalau belum ada Adif dulu Adiklah paling havoc dalam keluarga kita," Lokman membuang pandang.

"Abang itu semua dulu. Sekarang dah lain. Semuanya berubah. Takkan adik nak jadi macam dulu? Tak sangguplah," Lokman senyum. Kepala adiknya diusap perlahan. Syahdu sungguh petang itu.

xxxxx

"Adif jom masuk sayang," Amy membawa anaknya masuk. Dipimpin si kecil itu. Mukanya bulat. Wajahnya mirip suami kesayangan. 'Abang, rindunya' Desis hatinya. Lokman tersenyum memandang gelagat dua beranak.

"Adif sayang, jalan perlahan sikit," Suara lelaki mengejutkan keluarga bahagia. Jika orang tak kenal Lokman pastinya ingat Lokman adalah suami Amy dan ayah kepada Adif. Tampak bahagia sungguh.

"Bro, balik bila?" Lokman segera memeluk lelaki itu. Terkejut dengan kepulangan adik iparnya, Ikmal.

"Aku baru sampai ni. Jammed sangat tadi. Orang nak balik kampung kot," Ikmal mengangkat barang. Lokman membantu meringankan beban. 

Ikmal membuang pandangan ke arah isteri dan anaknya. Amy hanya memandang. Namun pandangan itu sungguh bermakna di hati Ikmal. Tugasan di luar membuatkan rindunya makin membuak-buak. Lokman berlalu meninggalkan mereka di luar.

xxxxx
Benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta bisa mengubah orang yang bercinta. Cinta bisa mengubah segalanya. Yang suka jadi benci yang sayang jadi dengki. Semuanya kerna cinta. Hargailah cinta semasa ada kerna cinta bisa berubah. Sekali ia berubah seribu kali kau sukar mengejarnya semula. 

Tamat=)

ps: Harap korang suka endingnya. Entry ni khas untuk budak kecik ni. Sebab dia beria nak baca sambungan. Untuk cerita bersiri yang lain tunggu ye. Ni pun dua jam baru sudah. Haha kering otak aku macam ni. Tulah siapa suruh pandai-pandai buat cerpen haha=P

4 comments:

aamalinaazman said...

waaa
walau baru bace tang ending jek..emm..bes!
okeh.ready next novel..hehehe =)

K said...

hehe, nice!!

p/s : macam ni lah miss ran, sayang lebih :p

Sunah Sakura said...

da habisssssssssssssssssssssss!!!

fRaMe+LenSeS said...

waaahhh... terbaek la jiran. ai like. ai like..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers