ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amaran ni entry bersambung. Sila baca part sebelumnya di widget sebelah=)
Amaran ni entry bersambung. Sila baca part sebelumnya di widget sebelah=)
"Assalamualaikum," Suaranya gugup.
"Assalamualaikum," Sengaja dia kuatkan suara. Tiada respon. Rimas dia dengan baju kurung kapas. Tudung ekspress dibetulkan.
"Assa..." Belum sempat salam ketiga seseorang terjengul depan pintu. Diurut dadanya. Mahunya tak terkejut. Muncul tiba-tiba. Kalah cerita hantu kat wayang.
"Akak cari syiape?" Pelat.
"Akak cari orang. Nama Azri. Azri Shah. Adik kenal?" Wada menunduk.
"Ayie? Acik ayie ye. Akak ni syiape? Ite anggil mama itelah. Tejap tau," Berlari anak kecil ke dalam semula. Wada tersengih seorang diri. 'Comel!' Desis hatinya.
xxxxx
"Jemputlah minum Nabila," Wanita tua tersenyum. Wada kekok. 'Ni mak Azri!'
"Terima kasih makcik," Dicapainya cawan perlahan.
"Lama dah kenal Azri?" Wada tersenyum.
"Dua tahu makcik, Azri tak cerita ke?" Wada kaget.
"Ada. Tapi bila makcik tanya dia kata nanti dulu. Baguslah kamu datang Nabila. Makcik teringin nak tengok pilihan Azri ni. Sebab abangnya dah ada anak sorang pun. Tu Farisya," Mak Azri menunjukkan ke arah kanak-kanak comel.
"Oh, Azri ada abang? Saya tak tahu pulak dah ada anak. Comel pulak," Wada gugup. Banyak rahsia yang belum dia tahu. Azri memang suka berahsia.
"Nabila, harap terima anak makcik tu. Dia je anak makcik yang belum kahwin. Makcik tak nak apa-apa. Cuma harapkan kebahagian dia je," Suara sendu menyentuh kalbu.
"Saya janji makcik. Saya takkan siakan anak makcik tu. Maafkan saya makcik," Dipeluk tubuh tua. Tangisan mereka bersatu.
xxxxx
"Sya, tolong acik boleh?" Farisya sengih.
"Apa?" Peluk tubuh. Azri Shah ketawa.
"Panggil makcik turun," Farisya tak gerak.
"Ala nanti acik beli coklat ye sayang. Panggillah," Azri tak sabar. Azlan sudah ketawa dengan telatah anaknya.
xxxxx
"Akak antik. Acik anggil. Dia ate nak baci colat," Tersentak. Mak Azri tersenyum lebar. Rancangan anaknya berjaya. Puas dia menolak. Namun rayuan anaknya terpaksa dia ikutkan berlakon sama.
"Awak!" Ketap bibir.
"Apa semua ni? Mana awak hilang?" Lengan dilipat. Hilang keayuan seketika. Ketawa Azri membuatkan dirinya makin panas. Azlan dan Fatin isterinya juga ketawa.
"Sorrylah wak. Kita kahwin?" Lamaran itu sungguh bermakna. Di depan ahli keluarga membuatkan Wada Nabila hanya senyum. Malu.
"Jahat!" Lantas dipukul Azri Shah dengan beg tangannya. Ganas masih tak berubah. Tapi sayangnya pada Azri tak berbelah bagi. Dia yakin itulah jodohnya. Benar kata orang kalau jodoh pasti tak ke mana.
Tamat!
Sesi merepek selesai sudah. Kembang si alien sebab jaja nama dia. Sekarang kena buat cerita baru berdasarkan idea korang cadangkan hari tu. Tunggu tau=P
7 comments:
erk habis da?hehe
kawen jugak yer..hahaha
eh eh, bersambung? alamak..
betul ke malaysia ni best?
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/great-place-for-tourism-malaysia.html
pandai buat cete.best.semoga berjaya suatu hari nanti.jom singgah blog dilaz
http://dilazfamily.blogspot.com/
cerita comel la....
=)
amboih.. sakan.. hehe
^OO^
p/s : cukup kembang tak? haha XD
Post a Comment