CORETAN TERBARU NADH

Pilih: Single ke couple?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tahu aku memang jiwang. Tak larat nak menafikan. Malas layan anasir-anasir yang ganggu emosi aku kala ini. Masa aku menaip tepat jam 2 pagi kot. Tapi ni entry untuk berjiwang pada 12 tengahari okey? Aku baca status FB member aku. Dia taip macam ni.

"S.I.N.G.L.E. means someone not grab love easily"
"C.O.U.P.L.E means Count on you please love me" 

Boleh percaya ke akronim ni? Yeke akronim? Aku pun lupa. Haha ya setelah tanya cik google yang bijak. Jawapannya betul akronim. Singkatan huruf menjadi ayat lengkap. Mula aku nak cerita pasal single. Apa yang korang faham single ni?

Bagi aku single ni bererti tak terikat dengan mana-mana perjanjian tak kiralah tanpa restu, dengan restu, tanpa sengaja atau dengan sengaja. Kira kau suka aku, aku suka kau. Dua-dua tahu dan suka. Tu kira ada perjanjianlah. Walaupun kau namakan dia teman tapi mesra ke, bff ke, teman lelaki ke. Semua tu merujuk kepada kau dah berpasangan.

Yang single biasanya bebas. Tak ada terikat. Orang single biasanya akan diuji dengan cemburu. Perasaan cemburu membuak-buak melihat pasangan bahagia yang ada disekeliling. Tambah dengan bisikan jahat syaitan. Lagilah bertambah panas hatinya. Tu ujian untuk orang single. 

Tapi aku kira bertuah sebab aku dapat rasa nikmat hidup single ni. Dosa pun makin kurang. Tak percaya? Suka hatilah. Seronok. Hidup bahagia tanpa stress. Bila aku tertekan aku akan sakit kepala. Berdenyut hanya Allah je tahu sakitnya. Doc kata aku ada migrain. Malas percaya. Ubat aku ialah doa, makan actifast dan tidur.

Tapi bila dalam istilah couple iaitu berdua. Ada pasangan. Ada buah hati. Ada yang istimewa, Ada yang sayang. Terikat antara satu sama lain. Hubungan menjadi serius. Semua kena mintak izin. Semua kena bagitau. Semua nak kena jelaskan supaya tak salah faham. Nak jaga hati memasing. Kontrol jiwa jangan cemburu tak pasal. Fikir tarikh, hadiah, perasaan orang. Buat kita stress.

Aku tak sokong kalau couple-couple ni. Bagi aku biarlah benda tu jadi dengan izin Allah. Puas da bercinta putus. Frust menonggeng. Kena tipu. Tertekan. Bosan dengan hidup. Bergelumang dosa. Puas sangat dah. Tak nak ulangi lagi. Cukuplah pengalaman yang ada mendewasakan aku.

Bagi aku elakkanlah couple. Kalau suka cakap suka. Tak payah nak bawak anak dara orang ke hulu hilir. Tambah dosa. Makin gelodak nafsu. Syaitan melompat suka. Anak dibuang. Lepas tu mula dihantui kisah anak terbuang. Lepas tu bunuh diri sebab tak tahan dengan stress. Kalau nak hantar rombongan. Tak ada duit sila adakan.

Jangan fikir seronok je. Benda ni semua sementara. Mati itu pasti. Cuma tak tahu bila. Kau yakin dia jodoh kau? Buatnya mati masa tengah bersama macam mana? Tak malu? Oh tak eh. Sebab tu kau seronok tayang gambar pasangan di Fb? Lupakan couple tu. Mulakan hidup baru. Kalau aku boleh kenapa korang tak boleh?

Cintailah tuhan kau dulu. Dia yang jadikan kau. Dengan Allah pun tak pandai nak bercinta. Tak pandai nak jaga. Macam mana dengan manusia? Ingatlah cinta bukan hanya untuk pasangan tapi cinta untuk semua. Allah, RasulNya, Para Nabi, keluarga, saudara seagama, sekalian mahluk di dunia walaupun hanya sebesar kuman. Cintailah mereka. Yang penting cintailah diri sendiri. Kalau cinta dengan diri sendiri takkan kau sia-siakan hidup sendiri=)

12 comments:

cik pulau said...

setuju..

tapi bersyukur sebab pernah rasa dua-dua perasaan tu..
couple dan single..
so far.. single rasa lagi better..
tak caye??

sila percaye..
hahhaha

senyumSOYA said...

like~ insyaALLAH..bila kita cinta Allah..semua cinta yang lain akan datang~ (^^!

mas saari said...

couple yang sah lagi best!!

Jiejah Gorjes said...

yer betul. letih kan bile cinta x kesampaian lagi letih melayan lelaki2 durjana...opsss teremo plak huuuuuuu

Nadzirah K. said...

single lagi best,hehehe..

sifu im said...

smua org akan couple lps ni..tapi couple lps kawen lagi bagus

hawiz said...

single....tp couple pon best...xtido mlm ler jwbnyer...hoho

Rohaizam Rosli said...

say yes to single !!! hahaha.... ntah la... buat apa berchinta kalau bukan utk serius ataupon ke jinjang pelamin... bg iejam... biar diri sendiri da ok bru pk utk kawen kot... iejam pk kawen terus... malas nak berchinta chintun nih... ala cinta lepas kawen kan okay kan... elak dosa... huhu~~~

Razil Tahir said...

single? best..
couple? na-ah...
married? best gila! :)

Halimatun Sa'adiah said...

sgat stuju!!

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

single is the best :D

berchenta lepas kawen org kata lagi best :D

sergeant keroro said...

like seribu kali?? XD

p/s : kan kita dah kawen, haha :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers