CORETAN TERBARU NADH

Kenapa tak tunjukkan gambar?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Oh ramai yang tahu yang aku tak letak gambar kat blog, fb dan seangkatan dengannya. Tahun lepas sebenarnya baru niat nak bermisteri. Kalau awal-awal kenal aku mungkin korang sempatlah tengok siapakah Iffah Afeefah. Yang aku terharu siap melekat keyword blogger Iffah Afeefah.

Siapalah yang berkenan sangat dengan aku ni? Bukan best pun. Tapi yang aku nak ceritakan bukan pasal aku seorang blogger. Nak jawab persoalan kenapa tak tayang gambar? Rendah diri ke? Kalau tak comel pun apa salahnya tayang gambar? Nak tahu jugak rupa blogger Iffah Afeefah ni macam mana?

Banyak lagi. Jawapan aku senang. Misteri itu indah. Lagipun ada benda kita kena sembunyikan. Ada benda kita kena hebahkan. Nak kata aku rendah diri memang aku rendah pun. Tak naklah tetiba orang tegur kat jalan. Eh ni blogger tu kan? Aku pemalu. Terkejut kalau disergah.

Jadi lain orang lain cara. Lain orang lain rasa. Lain orang lain bicara. Terpulang kita nak menilainya. Jangan sebab gambar tak ada korang boleh tuduh macam-macam. Ramai je yang tak menampilkan wajah sendiri atas sebab-sebab tertentu. Kita hormati. Nak kenal jomlah jumpa ramai-ramai=)

Ps: Dia konon je misteri padahal...

22 comments:

Sunah Sakura said...

sapa nak tengok gambar iffah gi la search kat blog saya ok? :p

yana-feehily said...

btl tu..tak smua boleh kongsi ^^

p/s - manusia tak pernah puas hati.

Lea Isnawi said...

oh ye? nak g stalk blog sunah la tu kejap

Ceiler Mun said...

kat blog aku baru letak sekeping dua gambar. kat fesbuk memang banyak la. haha.

Unknown said...

laki x pe letak gambar?

Cik Pulau said...

ai taknak tgk gamba yu.. sbab ai dah jumpa yu..
hahhaa

Unknown said...

hahaha samela tp semua dh kantoi bila semua add fb kite...huhu

.........cP~ said...

Haha. Sama jugak. Baru tahun lepas memisterikan diri, baik dalam blog mahupun FB. Tapi, ada je gambar sebenarnya. Cuma dikaburkan. Gambar ramai2 pun ada je. Hehe. Misteri memang lebih seronok kot. Lagipun, saya cantek, nanti ramai orang jeles@terpesona. Susah pulak. Haha. Okay, tipu je. Ayat perasan.

Bicara Bisu said...

Assalam...sy suka entry nie...

betul sgt pendpt tuan blog nie...

Fasihah Supian said...

famoussnyee

Asrul "iLham" Sany said...

semuanya pilihan tuan empunya badan...

terima kasih sebab sudi melawat blog sy ye :D

Unknown said...

Eza misteri kat fb je. semua gambar dah private. huhu. tapi, kengkawan pulak suka tagged gambar. adeh.. :(

Nur Zulaikha said...

sy masih tertanya2 ni..huhuhuhu..mmg misteri..

Unknown said...

takyah la ko tayang2..aku dah tau dah engko camne

mas saari said...

ikut keselesaan kan? nak letak boleh, tak letak pun boleh..

Zehan Ilyana said...

hehehe..
saya tak tunjuk kepala je. and tak bagitau nama..hehe..

sea_lavender said...

wah misteri itu indah =)
hormat pendirian cik iffah ~~

msredcheesecake said...

Akak selalu bayangkan iffah ni cun orgnya..... Tak kisah ada gambar ke tak... Tapi rasanya kalau kita berbicara dgn org, kita rasa lebih selesa kalau kita tahu siapa dia...

Nong Andy said...

saya hormati pendirian anda :)

Farhanhanif91 said...

teringin jugak nak bermisteri tapi dah terkantoi masa awal2 dulu...hehehe

Eera Shera said...

penah gak ada yg tanya..jom jumpa ;)

tamlegend said...

hehehe...setuju!!!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers