ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dalam satu perjalanan yang panjang. Dari Kajang ke Muar lepas tu patah balik Melaka. Kini berada di rumah sewa. Nak cerita tentang kisah rumah tangga kawan mak aku. Makcik tu sangat tabah orangnya.
Kisahnya begini, suami dia kahwin lain di Perlis. Perlis tak perlukan kebenaran isteri pertama. Jadi beberapa bulan lepas kahwin kantoi. Isteri dia kumpul anak-anak. Dah tua masalahnya. 26 tahun kahwin. Bincang secara rasional. Ayah dia mengaku yang dia ada isteri lain.
Isteri yang umurnya 3 tahun tua dari isteri pertama. Ada anak, menantu serta cucu. Baru lepas bercerai dengan suami. Jadinya isteri pertama pelik. Nak kata wanita itu kaya dan bekerjaya tak. Suri rumah. Tak pernah kerja seumur hidup. Nak kata muda mestilah tak.
Sebab poligami ialah isteri kedua kekasih yang dulu. Jadi 4 tahun dia hidup bermadu. 4 tahun tu jugak dia uji suami dia. Dia suruh suami dia tanggung semua perbelanjaan. Selama ni dia tak mintak. Sebab dia pun bekerjaya. Rumah 4 buah atas nama isteri. Kereta 3 buah pun si isteri bayar bulan-bulan.
Sampailah satu masa isteri dia tak tahan dengan hidup begitu. Mereka bersetuju untuk bercerai. Jadi pergi pejabat agama. Ustaz kaunseling tak bagi cerai. Naik turun pejabat. Suaminya mohon cerai. Tapi tak nyatakan sebab cerai. Isteri ni cakaplah suaminya poligami selama 4 tahun dan tak mampu.
Mana nak mampu sara anak bini. Selama ni nafkah tak bagi. Isteri pertama yang tanggung. Gajinya 3ribu++ je. Ni dah beristeri dua. Dengan anak menantu lagi. Dua belah bini. Jadi ustaz tu pun marah-marah. Memang patutlah. Dalam soal poligami hanya yang mampu je boleh berpoligami.
Lelaki tu nekad cerai. Depan ustaz tertalak lah makcik ni. Dia sedih pun tak guna. Tapi dia ada bagi syarat. Bagi nafkah kat anak-anak yang 4 orang. Sebanyak 3 ribu ++. Dia kata tak mampu. Gaji pun tak cukup. Jadi bekas isteri dia bagi pilihan lain. Iaitu bayar 2 ribu sebulan. Yang baki bayar masa dapat duit pencen.
Jadi dapatlah dua ribu sebulan. Makcik tu kaya. Sekarang dia ada 4 kereta 3 rumah baru. Yang rumah lama dia jual. Dia banyak simpan duit. Sebab bekas suami dia nak sangat kat isteri kedua. Dia tekad buat kejam macam tu. Mahkamah sokong. Memang itu patutnya tanggungjawab suami.
Lepas edah bekas suami dia cari dia balik. Sekarang dia pun dah ada cucu seorang. Jadinya asyik balik tengok cucu. Telefon malam-malam buta. Tanya bekas isteri pergi mana, dengan siapa? Pakai baju apa? Orang kata gila talak.
Jadi aku terfikir mungkin dia kena mandrem kot. Mana nak tahu kan. Kesimpulan cerita aku ni bukan apa. Kita tak jangka hidup kita masa depan macam mana. Yang perempuan. Kena ada harta jugak. Jangan harap suami je. Kalau suami dah menggatal. Takkan kita nak merempat tepi jalan. Kita kena kuat. Jangan jatuhkan maruah semata nak rujuk balik dengan orang yang tak sudi. Biarlah dia yang cari kita. Bukan kita yang tergila-gila dengan dia. Cerai bukan perkara main-main. Berpuluh tahun kahwin pun boleh cerai.
Muhasabah diri. Harap korang dan aku dapat suami yang setia dan bertanggungjawab. Jangan makan pakai isteri yang bayar ada hati nak kahwin lain. Tak mampu buat cara tak mampu. Kesian anak cucunya. Aku masih lagi hairan. Kenapa dia kahwin dengan bekas kekasih dia tu?
5 comments:
betul tu, kalau tak mampu jangan buat.
nak suami yang setia dan bertanggungjawab?
sini sini
*tunjuk diri sendiri*
hahaha XD
hurm..ni isu penting ni
saya sangat paham situasi ini..huuu..mak selalu pesan, "akak, belaja elok2...papepon keje dulu sebelom nk kawin tu..dibuatnya laki tinggal kamu ke..bukan la nk mendoakan,tapi masa depan, tiada siapa dapat duga, melainkan Allah sebaik-baik perancang itu sendiri, jadi..pape hal pun, kamu dah ade keje.."huuu..selalu ingt mak pesan gitu, sekali lagi saya suke peringatan dari entri ini..heee =)
semoga aku dapt suami mithali..ehhhh.
sebab sgt tak suka bla org cakap, perempuan xguna belaja tinggi mana pun, nt duk kat dapur gak.
tp at least, kita stil ada masa depan.
kita kena bersedia untuk masa depan yg kita snediri tak tau mcm mana..^^,
Post a Comment