ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk pengetahuan korang, aku suka tulis entry time teruja. Tapi makin lama rasa tu hilang dan kini aku dah tak rasai apa-apa. Pelik ke? Manusia kan boleh berubah. Hanya kita je akan menentukan kita mahu pilih yang mana.
Aku tak nak paksa diri. Aku dah tak nak rasa teruja tu. Teruja buat aku lupa diri. Teruja buat aku membina harapan yang kadang kala aku tahu takkan jadi kenyataan. Aku tahu tu. Entahlah. Tetiba aku fikir tentang hilangnya sengat dari lebah. Hilangnya rasa teruja bila melihat artis popular di depan mata.
Aku sengaja biarkan rasa itu pergi. Kerana aku seakan pengemis yang orang sekeliling tak nampakpun kewujudan aku. Teruja hanya sementara. Kini aku pasrah. Aku bukanlah yang terbaik. Tak layak untuk dikagumi dan hanya layak mengagumi. Walaupun dari jauh. Aku makin jauh. Jauh sekali.
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment