CORETAN TERBARU NADH

Kenapa cepat sangat menghukum?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hah geram aku. Aku geram ni. Geram dengan sikap segelintir manusia yang sangat suka menghukum orang. Sedangkan hakim tak buktikan apa-apa lagi. Siapa kita nak hukum orang lain? Diri sendirinya hal dah terjaga? Dosa pahala korang macam mana? Angin aku.

Kenapa? Soalan aku senang je. Contoh pasal video pembangkang. Laju nak shared. Laju nak kata dialah orangnya. Kita ada kuasa ke? Kalau fitnah semata macam mana? Kita nak tanggung dosa? Sesungguhnya dosa fitnah lebih besar dari membunuh. Baik korang pergi membunuh dari korang terlibat menyebarkan fitnah yang boleh meranapkan kehidupan orang lain.

Belum confirm laju je sebarkan. Belum ada kata putus. Semua berlaku masa nak pilihan raya. Korang tak pelik? Kenapa kena ada isu masa nak pilihan raya. Masa lain tak ada pulak? Ni pasal kes cikgu. Korang ada ke kat tempat kejadian nak judge cikgu tu bersalah. Ada? Suka je kata cikgu tak guna. Bodoh. Kejam. Siapa korang?

Belum jatuh hukuman korang dah bertimbun dosa mengutuk, menghina dia. Aku tak sebelahkan mana-mana tapi tengok diri korang. Korang baik sangat ke nak menghukum orang sewenangnya? Kalaupun cikgu tu memang berniat untuk bunuh biarkan dia dengan dosa dia. Yang akan hukum dia Allah. Kita ni masuk syurga pun belum tahu. Dah laju kata dia bersalah, dia jahat, tak ada otak, malu pendidik macam ni. Habis masa korang buat salah pandai tutup-tutup tak beritahu orang?

Hentikanlah. Kita sebagai rakyat jelata, sebagai umat Islam kita tunggu dan tawakal. Jika benar dia salah, maka ada hukum untuknya. Terlepas hukum dunia, hukum akhirat pasti ada. Allah maha melihat. Dia tahu sebalik kisah setiap dari kita hambaNya. Jangan lupa kita belum digelar ahli syurga pun. Fikirkan dan selamat beribadah=)
Post by,
Miss Ran 

7 comments:

Nurul Afifah said...

setuju..tp aku xsetuju part just lihat je....xdala aku kta mengutuk tu btol..aq pon nympah bila berita cmni cepat je sebar..cepat je org judge ikot suka diorang..just bila something gni happen..kita perlu la buat apa yg termampu..cuba utk bendung kejadian ni dr berlaku lagi...cuba pertingkat apa2 yg ptot so dat perkara tu x berulang dah...itu pendapat aku..

:)

Sunah Mohammad said...

Ya Allah..tunjuki kami yang benar itu benar, dan yang batil itu batil..jauhkanlah kami dari yang batil..ameen..

Chegu Zubir said...

yup...not all person is perfect n dan tak semua manusia tak buat salah

jom baca...betl ke..

Video Seks Dakwaan Datuk T milik Anwar Ibrahim tersebar(3 foto)

cik pulau said...

entah la kan... manusia ni terlalu cepat menghukum..

kalau student dapat result tak bagus.. salah kan cikgu tak pandai ajar..
kalau student tu dapat reslut bagus.. sebab student tu pandai...

kadang2 tugas cikgu ni diorang perlekehkan macam tu je..
dia ingat senang kot jd ckgu ni..

maaf.. komen tak berkaitan.. huhu

*AniE* said...

saya setuju!! Ingatlah, Allah maha Adil n mengetahui, Masya Allah besarnye dosa fitnah...yang bersalah akan di hukum dengan setimpal, jangan kalut! kebenaran akan terbukti..tapi kalo kite mengadili tanpa bukti, kite memfitnah...

Mutiara Bernilai said...

kadang jadi kecewa bila tgok keadaan mcm ni..

i wish, n i really wish dat d truth hv a tounge,,

aanie said...

tu la, sy pun perasan, bila nak mengundi je mesti ada kes...macam2 la..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers