CORETAN TERBARU NADH

Rindu ku seru mu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jauh di sudut hatiku menerbit rasa rindu.
Tak keruan menanti waktu memecah rasa terbuku.
Sepi aku sendirian.
Yang ada ibarat tiada.
Yang tiada makin hilang.
Apakah aku bisa menongkah arus.
Menjejak bumi Tuhan saat aku sangat rindu.
Rindu aku besar amat.
Sungguh aku tak tertanggung.
Nikmat rasa rindu tak bisa aku luahkan.
Rindu aku berputik mekar.
Berkembang subur mewangi.
Meragut ketenteraman di jiwa.
Rindu ku serumu.
Beri aku waktu untuk berdansa di ruang legarmu.
Rindu jangan kau lari jauh dariku.
Rindu...menjelmalah dan jangan pernah berhenti.
Kerna aku rindu=(

 Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers